Followers

Wednesday, January 21, 2009

ODU GOLUMPIS DALAM KENANGAN

Saya amat sedih bila mendapat tahu ODU GOLUMPIS telah meninggal dunia dan amat terkilan kerana tidak berada di kampung pada hari kematiannya.Semoga Tuhan akan memelihara roh ODU ini yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat.

Saya setuju dengan ulasan sahabat sia sanguru mengenai ODU GOLUMPIS.Seorang bidan kampung yang banyak berjasa dana salah seorang yang pernah "disambut" oleh ODU ialah saya sendiri.Cuma saya agak unik sikit sebap mengikut cerita si ODU..sewaktu sia hendak "disambut"..sia butul2 OGULOW (banyak begerak)..sampai ODU mengalami kesukaran memotong tali pusat.Akibat kecergasan sia ODU GOLUMPIS terpaksa mengalah dan tidak sempat memotong tali pusat sia dengan cermat...dan sampai sekarang tali pusat sia lain dari yang lain (nanti saya akan pos gambarnya..hehehe)..time budak2 dulu saya selalu di"buli" oleh abang2..kakak2 sia..diurang pangil sia BUBUDAN..terpaksa mengalah sebap mama sia bilang..salah sia sendiri..

Bagi penduduk kg.Tingkalanon..mereka2 yang lahir sehingga taun 70-an masih mendapat khidmat dari ODU GOLUMPIS..selepas itu mereka yang melahirkan anak akan mendapatkan khidmat bidan kerajaan.

Ketika umur suda lewat,ODU GOLUMPIS masih kelihatan cergas dan masih boleh mandi di sungai dan mengangkat air sungai untuk di bawa ke rumah...dan ketika saya pulang bercuti di kg.saya sempat berjenaka dengan ODU GOLUMPIS dan menasihati agar tidak lagi mengangkat benda2 berat..namun ODU GOLUMPIS cuma tersenyum sinis malah memberi sindirian pula sama sia...dia bilang"KELO KO POH BARA'AI MOMOROS DOT MOMOGUN"(kamu masih boleh cakap dusun)..sia katawa dan memberi tau si ODU ..berapa lama saya berada diperantauan..cakapan kimaragang tatap inda bulih lupa..

ODU GOLUMPIS bukan sahaja bidan terkenal tetapi suatu ketika dulu adalah seorang BOBOLIAN terkenal.Zaman budak2..kami selalu kana marah sama ODU GOLUMPIS sabap tidak pandai2 balik rumah..selalu buat bising..yang hairannya..apabila ODU GOLUMPIS yang memberi arahan supaya sumua budak2 balik rumah..semua ikut cakap.

Dengan pemergian buat selama-lamanya ODU GOLUMPIS..maka berakhirlah zaman legenda kg.Tingkalanon ini...pun demikian untuk selama-lamanya ODU GOLUMPIS akan dikenang sepanjang zaman kerana JASA nya kepada penduduk setempat.

Saya akan mencadangkan kepada sanguru agar ada usaha untuk mengabadikan nama ODU GOLUMPIS untuk sesuatu tempat.Di Tingkalanon,kita suda ada DEWAN SAMBION (sempena mangambil nama AKI SAMBION)..contohnya di Tingkalanon ada jambatan gantung..apa salahnya jambatan gantung itu kita namapakan sempena nama ODU GULIMPIS..JAMBATAN GANTUNG ODU GOLUMPIS..atau apa2 tempat yang kira berpatutan.

Saya rasa bertuah kerana ketika saya balik kg. saya sempat bergambar dengan ODU GOLUMPIS..biarpun suda uzur tetapi masih sempat senyum...

Terima kasih ODU GOLUMPIS dan jasa khidmatmu tetap akan dikenang untuk selama-lamanya.


GAMBAR SAYA DENGAN ODU GOLUMPIS DI SIRING SUNGAI TINGKALANON..

6 comments:

SURINIT said...

illie... d sini pula ko... apa kabar ko sekarang? sdh lama inda jumpa ko...

Little Mike said...

sya rasa ada dua perkara yg boleh dipertimbangkan.

Pintu gerbang masuk tingkalanon di beri nama gerbang odu golumpis

ATAU..

Jalan masuk tingkalanon di beri nama Jalan Odu Golumpis

sebagai mengenang jasa besar beliau.

ILLIE said...

cadangan disokong LM..

surinit..pandai ko pilih nama..bah..ko suda jumpa sia di sini..rajin2 lah bah masuk ah..

SURINIT said...

surinit tu nama tempat terpencil sana kg salimandut... thanks masih mengingati saya...

mohd jihad said...

BUATMU TINGKALANON

‘Ramalan’ Nostradamus & Wali 9

Ramalan Peramal-Peramal Terkemuka

Selain daripada keterangan dari setiap agama besar di dunia ini, terdapat pula sekumpulan peramal yang terkenal di dunia yang turut meramalkan kedatangan Imam Mahdi atau seorang pemimpin yang bertaraf dunia, yang akan turun untuk menjalankan pemerintahan yang sangat adil, pada zaman ini, pada abad ini, kurun ini dan alaf ini.


Memang meramal sesuatu ramalan adalah sesuatu yang buruk, boleh mendatangkan impak besar kepada akidah kita.

Namun ramalan yang bertepatan maksudnya dengan perkhabaran hadis-hadis, berita-berita dari asar para sahabat r.a, kasyaf para wali dan firasat para mukmin tidak salah jika disebutkan kerana keterangan mereka ini sebenarnya membantu menjelaskan lagi maksud hadis-hadis, asar-asar, kasyaf-kasyaf dan firasat-firasat itu. Hal ini sebenarnya tidak menjejaskan iman kita jika betul cara dan tempatnya.

Sebahagian mereka ini adalah peramal semata-mata, manakala sebahagian lagi adalah orang-orang besar bagi agama masing-masing, yang telah mencapai taraf kasyaf pula, iaitu menurut pandangan agama mereka.

Antara peramal yang bertaraf antarabangsa yang amat terkenal pada hari ini adalah Michel de Nostredame atau Nostradamus, suatu nama yang hampir sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sudah begitu terkenalnya. Ramalan-ramalannya sudah umum tersebar dan bukan sedikit pula yang sudah menjadi kenyataan. Antara ramalannya yang amat menggoncangkan dunia Barat ialah bahawa seorang pemimpin baru bertaraf dunia akan muncul, Islam akan kembali menguasai dunia pada alaf baru ini, dan seterusnya memerangi Kristian – Eropah.

Ramalannya bahawa seorang pemimpin baru beragama Islam akan muncul dan seterusnya menguasai seluruh dunia adalah berdasarkan ramalan beliau seperti berikut :

——————————————————————

In the year 1999 and seven months

from the sky will come the great King of Terror.

He will bring back to life the King of the Mongols;

Before and after, war reigns.

——————————————————————

Pada tahun 1999, bulan tujuh

dari langit akan turun seorang Raja Agung.

Dia akan menghidupkan kembali Khalifah

sejak itu dan seterusnya, perang meletus.

——————————————————————-

Tempat muncul pemimpin tersebut adalah di sebuah negara di sebelah Timur bukan di negara Arab atau di sebelah Barat, berdasarkan ramalan berikut:

——————————————————————-

From the three water signs (seas) will be born a man

Who will celebrate Thursday as his feast day

His renown, praise, reign, and power will grow

On land and sea, bringing trouble to the East

——————————————————————-

Dari pertemuan tiga laut, akan lahir seorang lelaki

Yang merayakan hari Khamis

Namanya, kemuliaan, jajahan dan kuasanya naik

Di darat dan laut, menggoncangkan seluruh Timur.

* Pertemuan tiga laut itu mungkinkah bermaksud sebuah SEMENANJUNG?

——————————————————————

Pemimpin berkenaan akan memimpin pasukan tenteranya yang besar jumlahnya untuk menyerang dan menakluki Eropah, dan dibantu oleh seluruh umat Islam.

——————————————————————-

One who the infernal gods of Hannibal

Will cause to be reborn, terror of all mankind

Never more horror nors the newspapers tell of worse in the past

Then will come to the Romans through Babel (Iraq)

——————————————————————-

Dialah dewa pembunuh manusia

Membangkitkan ketakutan kepada manusia

Tidak terbayangkan sebelumnya kengerian ini

Kemudian mendatangi Barat melalui Iraq.

——————————————————————

* Mungkin ini sebabnya para pembuat dasar Amerika [Yahudi] beria2 menakluk Iraq dan berkubu di situ kerana diprekdisikan bahawa Eropah serta dunia Kristian akan mula diserang di situ.

Pemimpin berkenaan memerangi, mengalahkan dan memasuki Eropah dengan memakai serban biru, membawa undang-undang Islam untuk diamalkan seluruh penduduk Eropah, dan peristiwa besar inilah yang amat menakutkan setiap hati pemimpin Kristian dan Yahudi.

——————————————————————

This King will enter Europe wearing a blue turban,

He is one that shall cause the infernal gods of Hannibal to live again

He will be the terror of mankind

Never more horror

——————————————————————-

Raja ini memasuki Eropah memakai serban biru

Dia menjadi dewa pembunuh seluruh manusia

Dia menakutkan seluruh kemanusiaan (sikafir)

Tiada lagi yang lebih menakutkan.

——————————————————————–

Anak murid Wali Songo yang amat terkenal di Pulau Jawa, Sabdopalon, turut menyebutkan bahawa Imam Mahdi akan dibaiat oleh sembilan tokoh Wali Ghausul Alam yang diketuai oleh seseorang dari Malaysia yang disebutkan sebagai Syeikh Malaya. Beliau menyebutkan bahawa,

“Imam Mahdi datang dengan pakaian serba putih dibantu oleh Rijalu’llah Ghaib atau juga disebut Wali Ghosul’alam sembilan yang di antaranya adalah Seh Malaya yang turun dari tanah Arab.”

Salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Gunung Jati, turut membuat ramalan berdasarkan kasyaf dari Allah bahawa kebangkitan Islam kali kedua ini akan dipimpin oleh seorang tokoh yang memakai serban. Dia dikatakan amat berpegang teguh pada sorban kanjeng (ekor serban) Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan dengan sorban kanjeng itu adalah pemimpin umat yang terakhir, sesuai dengan kedudukan ekor serban yang terletak di hujung sekali. Sorban kanjeng juga bermaksud mengikut benar-benar setiap sunnah yang diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. semasa hayatnya dahulu.

Peramal dari Jawa yang disebut sebagai Pangeran Wijil, yang mengarang Kitab Rangka Jayabaya, turut membuat ramalan bahawa pemimpin yang dimaksudkan itu lahir di Makkah, memakai serban yang berlambang bunga tujuh cabang, orangnya selalu kesandung kesampar. Dia tidak pernah diduga akan menjadi pemimpin umat manusia pada suatu hari nanti. Dikatakan lebih lanjut lagi bahawa sebelum raja baru ini muncul akan berlaku huru-hara dan kerusuhan. Dan raja itulah yang akan menjadi orang tengah atau pengaman di antara pihak yang bergaduh itu.

Tanpa diduga-duga, orang ramai pun bersetuju melantiknya sebagai pemimpin mereka kerana jasanya yang amat besar itu dan keupayaannya yang menakjubkan itu.

Link :

Kemunculan Penyelamat Islam, Barat diambang KETAKUTAN!

TAKE A BREAK! With NoStRaDamUS

mohd jihad said...

PENDIDIKAN YANG TEPAT
Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia itu sendiri iaitu roh, juga disebut sebagai sains kerohanian (spiritual science).

Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.

Rasulullah SAW memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun. Persoalan sembahyang adalah tanggungjawab yang berat yang telah diamanahkan kepada ibu bapa.

Oleh kerana persoalan sembahyang itu amat penting, ia mesti dilaksanakan secara kolektif bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehidupan berkeluarga. Kalau sembahyang tidak dapat didisiplinkan, kehidupan keluarga akan menjadi kucar-kacir dan berterabur. Sembahyang yang disusun atur dan diprogramkan secara berjemaah merupakan satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana ia mendedahkan mereka kepada perkara yang dipandang tinggi, besar dan agung oleh Rasulullah SAW dan oleh Allah SWT. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.

Mari kita lihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan dirancang untuk menguasai ekonomi dan dunia. Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan kek cawan (cup cake) untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah. Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah mereka disokong pula oleh majikan-majikan premis di tempat mereka bekerja secara sambilan (part-time). Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah siswazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi contohnya, mereka masih belum tahu apa itu pemasaran (marketing). Bangsa Cina di Malaysia telah menguasai tampuk ekonomi negara. Mereka juga mengajar anak-anak mereka berniaga secara kecil-kecilan sejak kecil lagi.

Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negara. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dan situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui pendidikan praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika pendidikan praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.

Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam di dunia yang mempunyai 40 buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya. Mengapa perkara sebesar sistem pendidikan bagi umat Islam yang boleh memperkasakan umat Islam tidak dikaji? Sepatutnya para pemimpin Islam bersidang dan berbincang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan sekadar memikirkan tentang perkara yang remeh-temeh sahaja yang sekadar memenuhi keperluan fizikal, akal dan nafsu semata-mata.