Saya sebenarnya tidak berapa ambil tau pasal perjalanan politik tanahair...seperti mana sedia maklum..Perak kini telah pun bertukar kerajaan.Semua pihak menuding jari kepada BN dan menuduh BN telah merampas tampuk pemerintahan negeri Perak secara PAKSA..sia pun tidak faham RAMPAS SECARA PAKSA bentuk apa diurang maksudkan..sudah terang2..BN mempunyai kelebihan majoriti dalam DUN maka secara logiknya dialah yang berhak menjadi pentadbir..
Tapi kalu dilihat dari segi lain..memang cara BN mengambil alih tampuk pemerintahan agak tergesa-gesa dan memang DI RANCANG(Konspirasi).kenapa saya katakan demikan..kamurang tingu butul2 ah..
1. 2 urang adun PKR sedang menghadapi tuduhan rasuah dan kemungkinan akan menghadapi tindakan mahkamah..(pandai2 lah memahami maksud sia ni)
2. Dengan secara tiba-tiba ADUN BOTA mengumumkan keluar dari UMNO dan masuk PKR
3. Pengerusi UMNO negeri tiba-tiba letak jawatan dengan alasan mahu bertanggungjawab..mengapa sewaktu kekalahan BN pada PRU12 yang lalu ada pihak yang meminta beliau melepaskan jawatan tetapi tidak pula berbuat demikan?
4. Tiba-tiba pula Datuk Najib jadi pengerusi UMNO Perak..lagi tambah bikin suspen..
5. Berita kehilangan 2 adun PKR tersiar..SPR tidak istihar/tidak setuju adanya kekosongan DUN sepertimana yang telah dimaklumkan oleh speaker...
6. Kamurang inda rasa ganjil kah? tiba-tiba adun Bota kembali kepangkuan UMNO dalam sekelip mata (sudah ludah jilat balik)..misti ada something bah kan..hehehe
bagi sia..UMNO & PR adalah 2x5...the facts is, banyak perlanggaran undang2 dalam proses ini...bila adun Bota masuk PKR hari tu, terus BPR cakap mau siasat, MP bising2..Menteri maki hamun (samada butul2 diurang marah sama tu YB Bota atau drama)..
dan terus terburu-buru mau gubal undang2 anti lompat.
tapi bila keadaan sebaliknya, BPR diam, MP diam, Menteri senyum2 pula..undang2 anti lompat senyap.
tapi tida apa lah, kita anggap saja bahawa ini tradisi yang diamalkan turun temurun,
dulu Sabah, sekarang Perak dan lepas ni...kita tingu negeri mana pula yang ada pesta KATAK...
Apakah ini akan menguatkan lagi pengaruh BN untuk menghadapi PRU13...atau apakah PR akan hilang sokongan rakyat? jawapannya adalah ditangan pengundi...
Akhir sekali..kalau ada pembaca blog ini tersesat dari Perak..sila baca sedikit mesej dari Tompipiris:
"Welcome to the club Perakian...
now you see how does it feel when someone stole what is rightfully yours..
we experienced it before, and i tell you... it
"RASA OREN"...
2 comments:
dulu orang semananjung melihat politik semananjung tinggalkan 'jejak' politik di gerbang Borneo yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PBS melalui aksi lompatan berani mati.. hehe
hari ini 'jejak' mereka datang memburu mereka kembali dan memberikan pengajaran pengalaman bagaimana sebenarnya perasaan 'dipermain-mainkan' dengan politik katak sedemikian rupa...
ingatlah... SABAH belum lupa sejarah itu...
itu labiatu mike...cerita Sabah sama Perak hampir sama..cuma di Perak menang sikit sebap adun dia pigang rekod diurang si Lajim & Rubin..Lajim & Rubin tidak berganjak dari keputusan melompat dan terus setia kepada UMNO..tapi tingu tu adun Bota..sangup menjilat ludah sendiri..hehhe
Post a Comment