Followers

Tuesday, March 10, 2009

Menyingkap kembali "RESOLUSI GAYA 1994"

Sia tertarik dengan entri baru TK dalam blog beliau disini mengenai resolusi gaya 1994.Saya dengan sedaya upaya membuat penterjemahan dari Kimaragang ke Melayu..arap2 si TK inda marah laini sia copy entri dia..inda apa laitu.Kita cuma mau keadilan harus diberi pada bekas2 YB PBS yang terdahulu.

Resolusi gaya merupakan satu peristiwa penting di mana bermula lahirnya party demokratik sabah PDS , Kini UPKO. Saya masih ingat ketika itu selepas penubuhan PDS , para pemimpin PDS itu disambut dingin di lapangan terbang Kota Kinabalu dan kereta pemmpin -pemimpin tersebut dilontar batu di caci maki .Mereka diangggap pembelot kepada PBS .Tetapi siapa sebenarnya yang membelot ? mereka diarahkan menubuhkan party PDS pada resolusi gaya,tetapi akhirnya dikatakan pembelot .kawan saya masih ada Video tersebut.
Bagaimana Datuk Pairin pada ketika itu boleh mengatakan tidak mengarahkan penubuhan PDS ? Sedangkan terang terang bukti beliau ada di dalam video dan diadakan di kediaman rasmi beliau.Sejarah Ini harus diingat oleh kita.

Resolusi Seri Gaya merupakan satu ketetapan untuk menubuhkan Parti Demokratik Sabah (PDS) yang ditandatangani oleh hampir kesemua YB PBS pada malam 14 mac di Seri Gaya (kediaman rasmi ketua menteri)

Ketetapan itu telah dibuat selepas pucuk pimpinan BN mengatakan bahawa mereka tidak lagi akan menerima PBS sebagai parti komponen Barisan Nasional tanpa mengira sama ada Datuk Joseph Pairin masih memimpin parti itu atau tidak. Penolakan ini diakibatkan oleh peninggalan PBS secara tiba-tiba daripada BN lima hari sebelum pembuangan undi semasa pilihanraya umum 1990.Oleh itu, YB-YB PBS telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah wadah kesinambungan untuk perjuangan politik kaumKDM.

Antara mereka yang menandatangani resolusi tersebut ialah:

1.Datuk Joseph Pairin Kitingan
2.Datuk Bernard Giluk Dompok
3.Datuk Wilfred Bumburing
4.Datuk Wences Angang
5.Datuk Tan Yong Gee
6.Datuk Steven Kutai
7.Datuk Adib Sigoh
8.Datuk Baggai Basirun
9.Datuk Kadoh Agundong
10.Datuk Lawrence Gimbang
11.Datuk Maichel Asang
12.Datuk Ewon Ebin
13.Datuk Mongoh Orow
14.Gisin Lombut
15.George Sangkin
16.Jahid Jahim
17.Joseph Sitin Saang
18.Markus Majihi
19.Dr. Othman Minudin
20.Raden Maleh
21.Saibul Supu
22.Siringan Gubat
23.Dr.Maximus Ongkili


Jawatankuasa penaja:

Dalam mesyuarat pada malam 14 Mac itu yang berlarutan sehingga 15 mac,sebuah jawatankuasa penaja PDS telah ditubuhkan yang terdiri daripada:

Presiden : Datuk Bernard Dompok
Timbalan Presiden: Datuk Wilfred Bumburing
Setiausaha Agung: Dr. Maximus Ongkili
Bendahari Agung: Datuk Monggoh Orow
Ketua Pemuda: Jahid Jahim
Ahli-ahil Majlis Tertinggi: Kesemua Wakil-wakil Rakyat yang menandatangani Resolusi Seri Gaya 14 Mac.

Berikutan kelulusan ketetapan itu, dokumen pendaftaran PDS telah dibuat pada sepanjang hari 15 Mac 1994, diketuai oleh Dr. Maximus Ongkili dan Datuk Bernard Dompok. Pada masa yang sama, satu lagi perbincangan telah diadakan di tempat kediaman peribadi Datuk Joseph Pairin yang memutuskan penarikan balik hasrat mereka untuk menubuhkan PDS.

Walau bagaimanpun, sebahagian besar daripada Wakil-wakil Rakyat sudah pun berada di Kuala Lumpur pada 15 Mac seperti yang telah dipersetujui dalam Resolusi Seri Gaya 14 Mac.
Pada pagi 16 mac proses dokumentasi pendaftaran PDS diteruskan. Dr. Maximus kemudian tidak bersetuju dengan tindakan itu dan beliau dikatakan menyimpan Resolusi Seri Gaya 14 yang telah ditandatangani.Difahamkan Dr.Max dan Datuk Pairin marah dengan Datuk Bernard Dompok kerana meneruskan hasrat penubuhan PDS dan berlakulah perselisihan faham antara pemimpin2 PBS yang akhirnya mengakibatkan ramai yang meninggalkan PBS dan bersama-sama dalam PDS untuk memastikan KDM terbela dalam kerajaan baru BN pimpinan UMNO.PDS telah diterima menjadi kerabat BN.

Sentimen KATAK amat kuat ketika itu dan akibatnya pada pilihanraya 1999,semua calon daripada PDS kalah teruk termasuk President nya sendiri di kawasan Moyong .Persoalaannya mengapa rakyat moyong sanggup menolak YB mereka yang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri SABAH ? Pada pilihanraya itu , Dr Mahathir Mohamed sendiri turun ke moyong untuk membantu tan sri dompok dalam pilihanraya tersebut di mana dia berhadapan dengan Datuk Clarence Bongkos Malakun .Pada ketika itu hanya 2 calon dari PDS yang menang dalam pilihanraya umum tersebut , mereka ialah Datuk Wences Angang Kuala Penyu dan Datuk Siringan Gubat Ranau.Kemudian mereka masing masing dilantik sebagai timbalan Ketua menteri , dan seorang lagi pembantu menteri .

Sentimen Katak yang dimainkan oleh pihak lawan terhadap para pemimpin PDS memakan pemimpin PDS tersebut. Sentimen Koguli tokou wagu oleh PBS juga menjadi faktor kekalahan calon2 PDS.Rakyat marah kepada pemimpin PDS kerana mereka telah terpesong dan termakan kata kata pembangkang bahawa para pemimpin PDS adalah Katak.Apabila dijelaskan cerita dan keadaan sebenar,Datuk Pairin dan Dr.Max berdalih dan mengaku tidak pernah merestui penubuhan PDS..jadi siapa yang berada di Seri Gaya pada malam 14 Mac 1994 dan sama-sama menandatangani resolusi itu? bukan Datuk Pairin atau Dr.Max? atau rogon monsimong yang pigi tanda tangan...di kawasan N.5 Tandek,kekalahan calun PDS(BN) bukan kerana faktor PBS tetapi calun PDS telah dikalahkan oleh kaum kerabat dan orang-orang kanan beliau sendiri.

Yang lalu biarlah berlalu..kita sama2 bersatu hati demi kemajuan Tandek.Kepada penyokong2 PBS yang dulu memaki hamun,menyumpah BN..hari ini terimalah hakikat sebenar benarnya..akhirnya kamurang memuja BN..berani juga kamu menjilat ludah sendiri ah..heheehe

6 comments:

IsOn said...

Saya sudah komen entry si TK dalam bahasa Kimaragang. Saya pun buat terjemahan komen tersebut di sini.

Saya ada mendengar juga tentang perkara ini, cuma tidak se'detail' seperti yang TK ceritakan. Ketika saya masih bekerja di Hosp KB, saya sangat rapat dengan mendiang Datuk Bagai Basirun.

Suatu ketika kami minum kopi, saya bertanya kepada beliau, "Kenapa bah kau keluar dari PBS dulu, sedangkan kau sangat berpengaruh dan disukai oleh penduduk2 KB/Kadamaian?"

Beliau menjawab, "Sebenarnya bukan niat saya (kami) untuk keluar PBS, tapi pada masa itu keadaan huru hara dan Presiden PBS sendiri yang meminta kami keluar parti supaya parti baru dapat ditubuhkan untuk menggantikan PBS. Walau bagaimanapun keadaan menjadi tidak seperti yang dirancang dan kami terpaksa menerima tanggapan masyarakat bahawa kami melompat dari PBS ke UPKO."

Bagi saya, memang banyak peristiwa yang tidak betul berlaku ketika itu, tetapi sebaik2nya para pemimpin 'kita' melupakan saja peristiwa lama itu, berbaik2 dan kembali bersatu untuk mendaulatkan kerajaan Sabah yang dipimpin oleh parti dari Sabah sendiri.

Tapi entah bila keadaan seperti itu akan berlaku. Mungkin tidak akan berlaku pun lagi, kerana rata2 reputasi para pemimpin kita sudah rosak. Lihat saja apa yang berlaku di KM dan Tandek sekarang.

Sedih saya memikirkannya...

Nota: Mungkinkah parti baru adalah jawapannya. No komen.

Little Mike (LM) said...

Politik licik dan ligat oleh si pemain politik. Mengenakan orang seperti lipas kudung... Hasilnya... kawan makan kawan.. impian tersadai, politik kutuk mengutuk dan salahkan nyamuk. Pelanduk? macam bula kana tandang2... rakyat jadi licak sudah..

BUNG ADI said...

hmm..berdasarkan cerita benar itu, wajarkan dia dikatakan Huguan Siou dan si dia dianggap hero. Dia dan si dia serta konco2nya yang menyebabkan HAKISAN KETUANAN KITA DI SABAH. Apakah mereka masih perlu diagung2kan? maaf, saya tidak pernah mengagung-agungkan...

BUNG ADI said...

keberanian saja tidak pernah cukup untuk berjaya. Kekuatan saja pun tidak memadai untuk berkuasa. Kuasa yang berjaya dan bertahan mesti ditunjangi : kekuatan, keberanian dan KEBIJAKSANAAN.

BUNG ADI said...

Dalam saki baki hidup ini, saya hanya ingin melihat negeriku bangsaku kembali dihormati selayaknya dan berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Kembali seperti asal sebelum "mereka" merosakkannya, tapi tidak akan menjadi seperti "mereka" yang tergesa-gesa lantaran TIDAK BIJAKSANA....

Furen Laoshi said...

hahaha...sori Illie..saya rasa lucu pula baca ayat "...rogon monsimong pigi tanda tangan..."
Let bygones be bygones. Harap saja YB kita tu betul2 bantu KM.