Followers

Thursday, April 9, 2009

THE 1st STATE CABINET OF SABAH

Mungkin ada diantara kita tidak tahu siapa yang pertama kali menganggotai barisan kabinet negeri Sabah pada 16hb September 1963.
Seated from L to R : Datuk Harris Salleh (Minister of Local Government), Datuk Khoo Siak Chiew (Minister of Communications and Works), Tun Donald Stephen or known as Tun Haji Fuad Stephen after convert to Islam (Sabah’s first chief minister), Datuk Pang Tet Tshung (Minister of Finance), Datuk G.S Sundang (Deputy Chief Minister).
Standing from L to R : Mr. R. Bob Speedy (Secretary to the Cabinet later Private Secretary to the Yang di-Pertua Negeri), Tan Sri Mohd Said Keruak (Minister of Agriculture), Mr R. Jones (State Attorney General), Mr R.M Turner (Chief Secretary), Mr A. Jones (Accountant-General), Datuk Richard E. Yapp (Minister of Natural Resources)

BATU SUMPAH PERINGATAN

Bagi mereka yang tidak memahami penulisan dalam bentuk ejaan lama:

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)

Kerajaan Malaysia Jamin

1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah
2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah
3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan

Sabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan Malaysia


Batu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dan kerajaan Persekutuan Malaysia.


Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara.Apakah kerajaan Malaysia telah memegang dan mematuhi janji pada British Colony dan kerajaan Sabah sehingga hari ini??????

Orang2 Semenanjung selalu menyebut "SABAH MASUK MALAYSIA"..hakikatnya Sabah tidak masuk Malaysia kerana yang ada hanya Malaya jadi sila ambil perhatian maksud kata kunci "BERGABUNG"

Mungkin ramai sahabat2 kita di Semenanjung yang masih bising,kenapa apabila orang Semenanjung kalau datang ke Sabah perlu tunjukan Mykad dan kalau mahu tinggal dan kerja di Sabah mesti pakai paspot dan permit kerja.Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa Sabah mempunyai hak tertentu dan peraturan sendiri?

Jawapannya adalah ringkas dan mudah..ia adalah sebahagian daripada 20 syarat untuk Sabah bergabung dengan Malaya,Singapura dan Sarawak untuk membentuk persekutuan Malaysia

Sebenarnya Batu Sumpah dan Perjanjian 20 perkara ini telah dinodai dan disampahkan hari ke hari oleh Kuala Lumpur....kenapa berlakunya senario sebegini ialah Sabah telah dijangkiti penyakit dari Semenanjung.... dan yang membawa virus penyakit ini ialah UMNO yang memerintah Sabah pada tahun 1994.Sabah perlahan-lahan kehilangan kuasa autonomi.

Perjanjian 20 Perkara yang memberikan autonomi dan keistimewaan buat Sabah pada hari ini sebenarnya lebih berunsur teoritikal. Beberapa perkara dalam perjanjian tersebut diguna pakai sepenuhnya sementara yang lain diabaikan mengikut kehendak kerajaan Persekutuan.

Semuanya kerana Sabah dikuasai UMNO, yang merupakan proksi kepada rejim Kuala Lumpur yang menjadi simbol kerajaan Persekutuan Malaysia.

TOMPIPIRIS bilang: MINTA MAAF KEPADA SAHABAT2 PENYOKONG UMNO,SAYA TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENYALAHKAN PARTI ANDA TETAPI SEMUA INI ADALAH KERANA ADA KEBENARANNYA.JIKA ANDA MENGATAKAN PENDAPAT SAYA INI SALAH,ITU ADALAH HAK DIRI MASING2.SAYA JUGA BUKAN ANTI UMNO,TETAPI INI ADALAH SUARA HATI SAYA SEBAGAI ANAK NEGERI SABAH.

5 comments:

ison said...

Saya masih ingat ketika saya mula2 pergi ke Semenanjung (Kuala Pilah, NS) untuk melanjutkan pelajaran. Ada masanya, ketika kami berjalan2 di pekan Kuala Pilah, pakcik/makcik menegur kami,

"Mu ni asal orang mana?"

"Orang Sabah pakcik/makcik."

"Bila mu sampai kat Malaysia ni?"

":-I

Nah eh nah! Punya panas hati bila dengar dorang tanya begitu. Macam la kita ni orang pelarian/pendatang asing.

Last2 kami cakap yang kami ni pun rakyat Malaysia yang sah bla...bla... Dorang terlopong sja kebingunan.

Inilah antara hakikat Sabah di mata orang2 Semenanjung yang perlu diperbetulkan.

Kita, rakyat Sabah merupakan rakyat Malaysia yang berdaulat di bumi Sabah.

Seperti mana hak ketuanan Melayu (di Semenanjung) mereka pertahankan, demikian juga hak ketuanan Peribumi Sabah kita pertahankan.

Malanganya seperti penulis katakan, hak2 itu terus dicabuli, dan dirampas, tanpa pembelaan...

Nota: Sekadar untuk menegaskan kata penulis, Sabah BUKAN MENYERTAI Malaysia, tetapi BERGABUNG dengan Malaya, Sarawak, dan Singapura (kemudian keluar) untuk MEMBENTUK MALAYSIA pada 16 September 1963.

Rozan@Muralang76jr. said...

Perjanjian 20 perkara ini telah dinodai dan disampahkan hari ke hari oleh Kuala Lumpur(betul tu saudara Illie).. perkara yg perlu org kita tahu terutamanya yg tahu tapi buat2 tidak tahu kerana kepentingan peribadi..

How Are You? said...

(Angguk)

syelvester said...

memang beginilah keadaan kita pada masa ini...persoalan nya siapa yang patut kita persalahkn?
bagi pendapat saya.
pemimpin yang terdahulu patut tegas dan sungguh2 menerangkan dan memahamkan generasi yang terdahulu agar mereka boleh sampaikan kepada generasi sekarang dan akan datang...masalahnya sekarang kebanyakan generasi baru tidak tahu mengenai 20 perkara ini dan juga kedudukan Sabah dalam pembentukan malaysia...
keduanya adalah pemimpin2 di seberang sana yang sering menyekat penyebaran/ pemahaman tentang 20 perkara inikepada pduduk sabah,maka orang2 kita ini leka dan lalai akan hak dan keistimewaan kita.
setrusnya pemimpin kita yang tamak..sanggup menggadaikan negeri demi kepentingan peribadi...akibatnya penduduk menderita..
jadi seharusnya pada masa kini media2 sabah..media alternatif sabah bergabung utk memberi pemahaman ke atas generasi baru di samping ibubapa/pemimpin/ketua keluarga memberi pendedahan kepada anak2 n generasi kita..

RumbiaMasolog said...

We must do something....for your children for you pride...