Followers

Thursday, April 23, 2009

KEMBALI LAH KEJALAN YANG LURUS

Entri kali ini kalau melihat dari tajuknya,tentu pembaca ingat ia semacam tajuk sebuah drama atau filem wayang gambar atau mungkin juga tajuk sebuah lagu???Memang benar,tajuk entri ini sengaja saya pilih kerana kebetulan ada "drama" bersiri yang betul2 terjadi di Tandek.Episod drama mengenai jalanraya Tandek-Longob semakin ke penghujung ceritanya.

Sekiranya ada pembaca yang belum tahu cerita sebelumnya,saya mengajak anda semua supaya melayari blog SAM (Suara Anak Marudu) juga blog ini HMM ,Kimaragang Wagu ,SALIMANDUT VILLA dan TK dalam blog mereka,kita akan tahu jawapan kepada masalah jalanraya Tandek-Longob ini.

Sejak dulu lagi rakyat kawasan Tandek sering merungut dan memohon simpati kepada pihak kerajaan supaya jalanraya Tandek-Longob dinaik taraf kalau tidak pun diaspal..ada ketikanya saya nampak ada pembaikan jalanraya seperti menimbus jalan dengan batu baru..mengred jalan..tapi apabila musim hujan,jalanraya ini akan rosak teruk.Bagi kami penduduk kg.Tingkalanon,masalah ini tidaklah membebankan kerana jarak kampung dengan pekan Tandek tidaklah begitu jauh..kalau jalan kaki pun mungkin dalam 30minit sampai.Tapi bagaimana pula dengan penduduk2 dari kg.Morion,Botition,Nolotan,Salimandut,Longob,Talantang 1&2,Magaratung dan kawasan2 bukit Gana,Piso,Kipopogong??? Sampai bila kita mahu melihat mereka terseksa?

Oleh itu saya merayu kepada "mereka2" yang selama ini bersekongkol dengan pihak2 tertentu supaya KEMBALI KEJALAN YANG LURUS.Demi keselesaan rakyat Tandek dan demi nama baik kamu juga.Tidak payah lah terlalu mengejar kekayaan dengan cara yang salah.Ingat pesanan orang2 yang beragama..Tuhan tidak akan memberkati rezeki yang kamu terima melalui jalan yang salah iaitu penipuan.

Kepada pihak kontraktor yang berjaya dalam tender ini,saya berharap kamu berurusan terus dengan tuan2 tanah dan tidak perlulah mendengar cakap dari "mereka2" yang hanya mencari untung.Sekalipun kontraktor terpaksa membayar pampasan yang lebih sikit kepada tuan2 tanah,saya pasti kamu masih untung juta2.Buatlah plan asal yang JKR telah keluarkan.

Tahniah saya ucapkan kepada sdr.Androd Sadian (sanguru) kerana keberanian sdr.telah membuka mata banyak pihak dan telah membuka pekung didada pada "pembelot2 bangsa Kimaragang".Saya bukan memuji tetapi sanguru telah menunaikan tanggungjawap yang besar kepada penduduk2 Tandek...sanguru telah membuktikan kepada dunia luar yang bangsa Kimaragang tidaklah bodoh sangat seperti mana yang selama ini "mereka" fikirkan.Ini bukan pujian tetapi kenyataan..orang seperti sanguru inilah yang patut disokong untuk menjadi pemimpin masa akan datang.Saya bukannya menidakkan pemimpin2 yang sedia ada di Tandek,tapi mereka jauh ketinggalan kerana mereka mahu jadi pemimpin dengan banyak sebap..kerana nama dan wang ringgit! Kerana pemimpin2 jenis ini lah maka masalah pembikinan jalan lurus Tandek-Longob menjadi serius.Mereka terlalu angkuh!sombong!pengampu!dan tidak keterlaluan kalau saya katakan..PEMIMPIN2 INI ADALAH PEMBELOT BANGSA KIMARAGANG!!

Jangan salahkan YB N.5 dan P168 dalam kes jalanraya ini..mungkin YB2 telah dimaklumkan oleh pemimpin2 bawahan mereka...YB N.5 dan P168 dengan secara lurusnya percaya kepada pemimpin2 bawahan mereka.Akhirnya inilah yang kita dapat lihat hari ini..kepercayaan yang YB2 berikan telah diambil kesempatan oleh setengah pemimpin2 kampungan untuk menjual maruah diri demi wang ringgit.Saya yakin selepas ini YB N.5 dan P168 akan mendapat maklumat yang benar.Kepada YB N.5 dan P168..kalau mahu menjaga nama baik dan mahu berkuasa terus di kawasan N.5 & Kota Marudu..bertindak lah dari sekarang..belum terlambat lagi untuk mengubah keadaan SINGKIR KAN PEMIMPIN2 BAWAHAN yang terlibat secara langsung dengan masalah ini.Kalau boleh ADUN N.5 Tandek YB Anita harus turun padang dan memantau masalah ini sehingga projek pembinaan jalan lurus Tandek-Longob bermula.Sekali sekala tidak salah tunjuk muka di kawasan tersebut.

Demi masa depan dan keselesaan penduduk...KEMBALI LAH KEJALAN YANG LURUS.

4 comments:

Furen Laoshi said...

Serius juga nih..tapi saya dapat maklumat dengan membaca entri kawan2. Kalau sudah begini jadinya..apa lagi mo tapuk tapuk bah? TULIS SAJA NAMA SEMUA ORANG TU...kasi interview pun bagus..supaya kita bulih dingar diaorg punya reasoning apa...

ILLIE said...

furen..bagi mereka yang tinggal di Tandek..mangkali diurang suda tau,siapa dalang dalam masalah ini.Inda payah lah kita tulis siapa mereka..lagipun masalah ini kira selesai suda bila tuan punya tanah suda bersetuju atas permuafakatan antara kontraktor.

Transformasi Kepimpinan said...

ada satu... yg urang suka pasal bingkuk. Pasal bagus kalau bingkuk sikit2 ... tapi kalau balingkuk butul macam jalan tandik - longob urang inda suka...mau juga lurus baru sadap jalan..

jalan bingkuk2 bikin paning kapala, bikin munta..

BUNG ADI said...

iyuk! ades...ada pula kawan puji saya di sini aaa. tk tp spt rakan2 dlm SAM yg lain, KAMI TIADA NIAT MO MINTA PUJI DAN TIADA NIAT MO JADI YB2. Mimamg2 beginilah kalau saya ini dari dulu. Hmm...panggil saja saya "ZORO" laa di lain kali. Oya, tk atas artikel ini. Illie yang jauh tetapi prihatin. Teruskan!