Followers

Monday, April 6, 2009

Korea Utara Lancar Roket Melintasi Ruang Udara Jepun

TOKYO: Korea Utara melancarkan roket jarak jauh melalui ruang udara Jepun hari ini, sekali gus mengundang kecaman dan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berkata Korea Utara sudah melanggar resolusi PBB dan menggesa Pyongyang tidak lagi melakukan "tindakan provokatif".

"Dengan tindakan provokatif ini, Korea Utara tidak mengendahkan tanggungjawab antarabangsanya...," kata Obama dalam satu kenyataan.

Korea Selatan menyifatkan pelancaran roket itu yang dilihat ramai sebagai ujian peluru berpandu, satu tindakan cuai.

Jepun berkata ia berhenti memantau pergerakan roket Taepodong-2 itu selepas ia melepasi jarak 2,100 kilometer ke timur Tokyo, sekali gus menunjukkan ujian itu berjaya.

Dalam ujian pada Julai 2006 sebelum ini, roket berkenaan meletup 40 saat selepas dilancarkan.

Agensi berita Korea Selatan, Yonhap, memetik pegawai di Seoul sebagai berkata roket berkenaan kelihatan membawa satelit seperti yang ditegaskan Pyongyang sebelum ini.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Takeo Kawamura, berkata walaupun objek yang dilancar itu mungkin sebuah satelit, ia masih melanggar resolusi PBB berhubung aktiviti peluru berpandu balistik Korea Utara. - Reuters

2 comments:

Furen Laoshi said...

Illie,
banyak saya dengar pasal Korea Utara, ada kawan saya doktor pakar pigi ke sana untuk lawatan perkhidmatan perubatan NGO tahun lalu, mendengar cerita beliau membuatkan bulu roma saya meremang, bunyi macam kejam pemerintahan di sana. Budak umur 7 tahun buat operation, pigi sendiri2-tiada ibu bapa, kana jarum pun tiada menangis..macam robot saja. What a heck...!!

ILLIE said...

furen..begitu laitu kalau negara komunis.