Followers

Sunday, June 28, 2009

CATATAN RINGKAS UNTUK YB

Saya yakin semua YB kita ni ada telinga, ada mata, ada perasaan, ada wawasan, ada tujuan dan ada kerja rumah mau buat untuk kawasan masing-masing.
Yang saya sangsi adaalah, kuncu-kuncu, barua, yang hanya pandai ambil kesempatan, harap pagar, pagar biadap, yang pentingkan poket, untung ,projek, lagak, nama, penghormatan dan mereka lah yang mempunyai jack bertan-tan, melobi YB sehingga YB-YB itu tiada ruang untuk membantu yang lain.

YB terlepas pandang, petani yang tiada masa bersama YB, nelayan yang tidak peluang berjumpa YB, orang2 bukit yang tidak pernah tengok muka YB,dan semua yang betul-betul mahu berusaha mengusahakan tanah tetapi diabaikan atau terabai kerana ruang dan peluang dirampas oleh binatang-binatang peliharaan YB yang hanya mengharapkan makanan dan belanja dari bos-bos mereka.

Saya percaya dipejabat YB ini terbentang 'blue print' pembangunan, perancangan strategic untuk rakyat. Saya yakin sangat dengan ini sebab mereka adalah rata-rata asal-usulnya dari keluarga miskin juga suatu masa dulu, mereka ada menyimpan hasrat untuk melihat kawasan diwakili diberi pembangunan,sebap itu mereka di pilih oleh rakyat. Saya percaya, setiap ketua jabatan di KM sudahpun membentangkan rancangan tindakan jabatan masing-masing. Tetapi, adakah orang yang diberi empowerment itu menjalankan tanggungjawab seperti yang diperturunkan. Contohnya JKR, mereka tahu dimana kerja mereka, tetapi kenapa mesti tunggu arahan dari YB, DO untuk membaiki jalan yang rosak....

Sendiri mau fikirlah...

1 comment:

ajampeace said...

sbb tu negara xmaju...semua mau kena suru...makan gaji buta...