Followers

Wednesday, June 17, 2009

ORANG-ORANG KANAN YB YANG KEPARAT!!

Selama ini banyak kali sudah kita dengar artikel2 dalam blog yang kebanyakannya menyalahkan YB-YB sesebuah kawasan.Adalah agak keterlaluan kalau kita hanya menyalahkan YB-YB saja.Orang2 kanan YB pun adalah punca kepada kes2 mengutuk YB.

Saya secara peribadi memahami dan yakin bahawa semua wakil rakyat yang kita panggil YB ini ada telinga, ada mata, ada Visi , Ada matlamat ingin membantu rakyat yang diwakili oleh mereka . Mereka pasti ada rancangan yang terperinci di dalam pemikiran mereka untuk kawasan masing-masing.Kebanyakkan YB YB ini juga berasal dari keluarga susah pada masa lalu , jadi saya percaya mereka ini ada hasrat untuk membantu masyarakat dan penduduk di kawasan mereka


Yang saya pasti adalah , YB tersebut akan didampingi oleh orang orang disekeliling beliau , apa lagi kalau YB ada jawantan seperti Menteri dan pembantu menteri .Tentu akan entitled jawatan Setiausaha Politik , Setiausaha Sulit , Setiausaha Akhbar, Pegawai Khas , Pegwai Perhubungan , Pemimpin kemajuan rakyat , Pemaju mukim dan macam macam lagi jawatan diperingkat tertinggi sampai ke peringkat terendah. yang mendatangkan marah dan kecewa ada segelintir mereka ini hanya pandai ambil kesempatan ,orang bilang harapkan pagar, pagar makan tuan ,ada yang pentingkan poket sendiri , untung sendiri ,projek minta YB , berlagak menggunakan nama YB, mandat di pergunakan, penghormatan dimanipulasikan .Memberi laporan yang tidak betul kepada YB , bilang ada masuk dan round kampung , maka duduk di kedai kopi sahaja atau pun bergiat menguat kan pengaruh masing masing untuk jadi mencari projek akan datang , sehingga YB-YB itu tiada ruang untuk membantu yang lain.
Ini akan menjatuhkan nama YB tersebut secara perlahan lahan , ini pengalaman yang kita sendiri pernah lihat..di N.5 Tandek suatu ketika dulu.
Ramai orang2 kampung yang memerlukan pertolongan telah terlepas pandang oleh YB tersebut kerana orang2 kanan mereka ini tidak prihatin dan tidak menjalankan tugas..

Ada yang mempergunakan kedudukan mereka sebagai orang Kanan YB untuk menjatuhkan ahli politik yang lain , seperti rival mereka di kawasan masing masing .Ini bukan sahaja melemahkan stuktur kekuatan politik YB tersebut , ini juga akan membuat masalah rakyat terlepas pandang kerana :
POLITIK DIUTAMAKAN , RAKYAT DILUPAKAN , JAWATAN DIUTAMAKAN , POKET DI PENUHKAN & Rakyat TERABAI !.

Ingat orang2 kanan YB YB , Kamu tidak selama lama nya disitu , Cuba sumbangkan sesuatu yang berguna ! bukan hanya untuk kepentingan Politik masing2 !..cubalah berkhidmat dengan seikhlasnya.Pasti rakyat akan terus mengangkat dan menyokong YB YB tersebut.

Tapi kalau orang2 kanan YB YB ini terus dengan sikap keparatnya dan YB YB pula mempercayai 100% berita yang disampaikan..alamatnya SAYONARA DAISUKI NO HITO ( selamat jalan pujaan hati)..heheheehe

10 comments:

NONG said...

SANGAT SETUJU 100% dengan entry ini.
Itu sebab jangan terlalu memberi kepercayaan 100% kepada orang2 kanan. cubalah kerapkan diri memandu dan melawat kampung2 dalam kawasan sendiri tanpa guard. Jangan kasi tunjuk sangat itu pangkat ba. Sebelum jadi TB pun kita ni sama saja.Orang kampung. Nasib saja dorang ni jadi YB..

Sebagai contoh Datuk Dr.Max, sama ada beliau sedar atau tidak, banyak orang2 beliau dalam P.168 ni yang asal buka mulut mesti ada nama Datuk. pendek kata (Sikit2 datuk).
Kalau tiada Datuk, atuuk oi. kalau ada Datuk, tidak payah cakap. Bukan tugas dia pun memandai ja dia ambil alih.. ALAMAS oku.

Kalau ada sesiapa dalam P.168 yang terbaca ulasan saya ini dan cuba mempertikaikan ulasan saya ini, JUMPA dengan saya. Saya berani bersemuka dengan itu orang depan DATUK MAX.

Salam Perpaduan

TT said...

Yoku ka ni?!? hehehheheee...

NONG said...

hai Sahabatku Letty,
ko buat kerja dengan baik ba. saya belum pernah lagi dengar orang kutuk ko depan saya atau masa ko bercakap dengan saya,ko tak pernah juga cakap
'sikit2 datuk'..hehehe.
Kalau macam yang '1' itu susah mau cakap..hehehe

Little Mike (LM) said...

orang kanan inilah perosak agenda. orang2 yang kemaruk wang, merosakkan masa depan bangsa. Suka berpuak2 dan tidak mau campur dengan masyarakat. Dalam majlis keraihan mereka ini mau dihormati. orang politik la konon. Cakap terlalu tinggi. Apa sahaja urusan, mesti ada kait dengan datuk. mau konon org kampung melopong. para veteran kampung mungkin boleh di'terek'.. tapi TIDAK kepada golongan muda milenium.

Kepada mereka yang rakus, tamak dan bermuka-muka.... tolong UNDUR diri saja. MENYUSAHKAN BANGSA!

Golongan muda milenium ini, ada kuasa untuk menyingkirkan kuasa politik anda. tolong buat kerja BAIK-BAIK!

Umar Safri said...

sampai bila pun org2 mcm begini akan ada mengelilingi pemimpin. ada kalanya mereka menjadi sbg Hang Tuah. ada musimnya mereka akan menjadi Hang Jebat. Kdg2 mereka cuba menjadi Tun Perak. tapi awas2.. kebanyakan mereka ini adl pengkhianat. sbg pemimpin yg hebat, mereka perlu lulus di dlm mengatasi puak2 ini..

ILLIE said...

baru sia post ni entri ada suda kes jambatan gantung yang membabitkan orang kanan YB..alalalaala

Unknown said...

Bro Ille

Urang-urang kiri YB pun labih kurang bai tu mangkali. heheh...

Samuga teguran2 ini akan di pandang serius oleh urang2 yg barkanaan dari sudut positif. Jgn pikir dari sudut negatif ahh...hehe

Salam Ceria...

ILLIE said...

kanil..wahhh baru ko ada masa masuk sulap sia ah..hehehe

urang2 kiri YB ni kira bagus sikit lah sabap buli bawa berunding..

sia pun inda mangarap orang2 kanan YB akan berubah bila membaca entri ini..tapi memadailah kalu kasi kurang2 sikit tu tabiat..buli baitu kan..hehehe

Unknown said...

hehe..Bro Ille,

Rajin juga sya masuk sulap kau bai ni...cuma sagan sya kasi komen..hehe

arigato gozaimassss...

ajampeace said...

betul tu...jgn percaya orang kanan..apatah lagi orang kiri...dua2 xboleh pcaya...bagus buat sendiri...