Followers

Tuesday, October 27, 2009

BORNEO URBAN STORM TOUR & TRAVEL

Pertemuan singkat dengan CEO Urban Storm Company iaitu saudara Jaimbol Dangus di Kota Kinabalu baru-baru ini membawa kepada perbincangan untuk menubuhkan 1 lagi syarikat kecil yang beroperasi di Jepun.Syarikat ini nanti akan menjalankan perniagaan pelancongan dan saya telah di amanahkan oleh beliau untuk menubuhkan syarikat ini.Apabila syarikat ini ditubuhkan sepenuhnya nanti,tugas saya ialah mempromosikan daerah Kota Marudu terutama kawasan Tandek sebagai tumpuan pelancong2 Jepun.

Semoga hasrat untuk menubuhkan syarikat ini akan tercapai dengan masa terdekat kerana daerah Kota Marudu juga mempunyai kawasan pelancongan yang menarik dan buat masa kini,belum ada pelancong2 asing yang melawat kawasan Kota Marudu terutama di Tandek.Banyak pakej yang kami bincangkan dan apabila syarikat ini ditubuhkan kelak akan dipaparkan untuk tatapan umum.

Atas perbincangan bersama,kami bersepakat untuk menamakan syarikat ini sebagai...
BORNEO URBAN STROM TOUR & TRAVEL.





12 comments:

NONG said...

TAHNIAH kerana ada orang kita yang semakin berjaya dan tidak lupa diri. Inilah yang kita mahu lihat sebenarnya...
Baa...apa lagi illie,sya menawarkan diri sebagai pembantu kamu di kawasan Kota Marudu ni.

ILLIE said...

ngam nong..ko memang layak untuk membantu syarikat ini berdasarkan kebolehan semulajadi ko dan lebih2 lagi dikenali ramai orang..perkara ini akan saya bincangkan dengan CEO apabila syarikat ini ditubuhkan..

maikong said...

promosi nanti..jgn lupa homestay..kg salimandut&tingkalanon..sya sangat2 setuju..penubuhan syarikat ini..

maikong said...

nong..kau kena belajar cakap jipun ke...klu urg putih campin uda..
teruskan perbincangan dan kerjasama antara kita utk menjayakan perancangan ini..

IsOn said...

Selamat maju jaya. semoga semangat dan kerjasama pintar seperti ini akan terus menjadi inspirasi kepada generasi muda orang2 kita untuk memajukan diri dalam bisnes.

RumbiaMasolog said...

Tahniah!!!.. it's a dream come true.. Pasti Tandek akan tidak lg ketinggalan selepas ini.

Namun persoalannya... apa yg boleh kita sediakan untuk tatapan dan ingatan para pelancong nanti?.. Homestay?....mmmm.. tapi apa yg boleh kita tonjolkan smpi boleh menarik pelancong dtg?.. so.. banyak yg harus dilakukan dan dibangunkan sebelum boleh menarik mereka2 ini dtg. Dan bagi sya.. pusat kebudayaan suku kaum kimaragan yg dicadangkan dibangunkan di Kg.Tingkalanon sudah menjadi satu permulaan yg baik bagi menarik pelancung2 ni dtg.... tapi...mmmm...

Apa pun sya sentiasa menyokong apa juga bentuk pembangunan di tpt kita..yg penting alam sekitar tetap terjaga....

RumbiaMasolog said...

Majesty..... bila la dpt rasa naik mers tuan ni...ekeke....

maikong said...

perancangan yg terbaik utk kita..tumpang juga saya gembira klu ada pelancong dari jipun...
teruskan aman..

maikong said...

m'cedes benz...hebat majesty....

Little Mike (LM) said...

pergerakan minda yang hebat... teruskan dan teruskan prestij dan kegemilangan..

Maya said...

Bravo! Kita menanti sekian lama sesuatu yang membanggakan seperti ini menjadi realiti di tempat sendiri. Aset '1 Tandek' adalah aset yang pelbagai untuk menjai sajian kepada pelancong, cuma mungkin perlu dikembangkan dan diselaraskan dengan keadaan semasa tanpa dengan mengekalkan keasliannya. '1 Tandek' membawa makna yang meluas kerana '1 Tandek' ada di mana-mana di seluruh dunia.
Sintor banar om popotogo diko no ino kiniro. Yoku nga tumobung oku-i gumaji ong waro kosisipon sompori...

anur said...

Teringat kenangan masa kecil bersama CEO Urban Storm ni. Terima kasih atas nasihat yang baik, syukur kpd Tuhan kepayahan kita masa kecil dulu telah tertebus.Saya tumpang gembira