Followers

Siapa DJ Lugu

Ceritanya bermula pada awal tahun 2009 apabila saya berkenalan dengan seorang chatters yang bernama RUMPUTT di chatroom web sabahan.net.Kebetulan pada masa itu saya sangat aktif di sabahan.net.Pada malam tersebut kami berchat sampai awal pagi dan seterusnya berkenalan.RUMPUTT telah memperkenalkan saya 1 link dan apabila saya klik link tersebut telah membawa saya ke halaman KUSNET (Komuniti Utara Sabah.net) dan disana ada 1 radio yang dinamakan radio online PONET.Pada masa itu saya belum ada hati untuk mahu join kerana komitmen pada sabahan.net masih lagi ada,lagipun saya melihat radio PONET FM ketika itu belum berapa ramai.Seorang DJ Sabahan FM telah mengajak saya untuk menjadi salah seorang DJ dalam radio mereka dan saya telah diberikan IP,PORT,PASSWORD pada server radio Sabahan FM.Entah kenapa saya tidak berjaya akses maka saya telah mengambil keputusan untuk menolak pelawaan menjadi DJ di Sabahan FM.

Satu malam,saya telah masuk di chatroom PONET FM dan berchat dengan beberapa user tetapi tidak ramai.Dari sinilah saya mengalami satu lagi pengalaman baru apabila semua user chatroom PONET FM memanggil "TUAN" kepada saya.Agak kekok juga apabila dipanggil sebegini.Makin lama,saya semakin seronok dengan PONET FM dan apabila kemesraan telah terjalin,RUMPUTT telah mempelawa saya menjadi DJ di PONET FM.Beliau telah memberi tunjuk ajar cara-cara setting radio.Namun apabila dicuba beberapa kali,saya masih gagal untuk menguasai software radio (SAM).Saya telah mengutarakan niat untuk undur diri kerana masalah ini tetapi rakan-rakan di PONET FM telah memberi dorongan dan sokongan malah memberi tunjuk ajar cara-cara setting SAM melalui YM.DJ SIPUTT..DJ KUPANG..911,DJ MKA,WADY,MP KG DANGIR,WADIE.Saya mengambil keputusan untuk terus bersama dengan PONET FM kerana semakin hari semakin rancak apabila masuk chatroom.

Kebetulan saya pada ketika itu menetap di Kyoto,Jepun sudah tentu saya rasakan kerinduan di kampung halaman terubat apabila mendengar celoteh DJ-DJ PONET FM.Dalam masa yang sama,saya adalah admin kepada blog SUARA ANAK MARUDU maka itu saya telah meminta izin kepada RUMPUTT untuk meletakkan PONET FM dalam blog tersebut.Dari sinilah bermula cerita baru apabila PONET FM menawarkan beberapa rakan penulis blog Suara Anak Marudu untuk menjadi DJ..mereka ialah ALDUSUNI,TOM,NONG,BATMAN,LM,dan saya sendiri (LUGU)selain itu tekong SAM iaitu SANGRU (ANDROD SADIAN) telah dilantik sebagai penasihat.Kerjasama erat antara PONET FM dan Suara Anak Marudu telah membawa kepada pertukaran nama PONET FM kepada UTARA FM.Maka bermula lah kegemilangan radio online Utara FM.Banyak program yang telah melibatkan Utara FM,Pesta Jagung,Pesta Kobis,Pesta Durian,Bulan Membaca Peringkat Negeri Sabah,menginterview artis terkenal tanahair (NASH) dan yang paling manis ialah Utara FM telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 25 Julai 2009 di Rest House, Lohan Ranau.Disinilah titik mula perjalanan Utara FM yang semakin hari semakin maju.

Disamping itu kerjasama Utara FM dengan artis-artis tempatan Sabah juga membantu menaikkan nama utara FM.Serba sedikit Utara FM terlibat untuk membuat promosi lagu-lagu mereka.

Peristiwa yang paling saya tidak lupakan sepanjang bersama Utara FM ialah semasa program bersiaran 48 jam tanpa henti.Saya telah diberi peranan untuk menjayakan satu segmen iaitu salam dari perantauan.Seronok melihat orang-orang Jepun menari apabila mendengar lagu-lagu yang dipasang oleh dj bertugas ketika itu DJ KUPANG dan DJ SIPUTT sehingga ada yang teriak.

Saya juga mempunyai segmen khas setiap hari bermula dari jam 10 pagi kerana memenuhi permintaan pendengar dari tingkat 1 di SMK TANDEK.Segmen 30 minit dangdut cukup menghiburkan pendengar dan sudah semestinya chatroll akan jadi riuh dengan gelagat-gelagat user.Ketua chatroll yang paling jajal menari ketika itu ialah Puteri Kuma-Kuma,Kak Rose Wong,Jack Shin,Ligong,Jin (sekadar menyebut beberapa nama).Gelagat mereka yang cukup spoting membuat saya bersemangat untuk terus onair sehingga setiap mereka ada lagu wajib masing-masing.Seperti Babyrumputt dengan lagu wajibnya Totoy Bibo,PU3 Kuma-Kuma (Cucak Rawak),Rose Wong (Bete-Bete),Daling ( Blow Me A Kiss),Nonie ( Endless Love) dan ramai lagi termasuk lah pendengar setia dari Kuching,Sarawak iaitu Kak Ila Laila dan Zubaida.

Bulan Oktober 2009,saya telah bercuti balik kampung semata-mata mahu berjumpa dengan rakan-rakan DJ dan pendengar Utara FM.Saya juga buat pertama kali menjejakkan kaki di gerai Ponet,Pingan-pingan.Disini juga banyak cerita yang menarik bersama dengan DJ RUMPUTT.Semangat untuk terus bersama dengan Utara FM semakin mendalam apabila dapat bersama-sama dengan rakan DJ.Sudah tentu peristiwa lucu di bilik 101 Marudu Inn tidak dilupakan,hampir semua DJ berkumpul.Jika mahu tahu apa cerita lucu yang berlaku,tanya saja kepada DJ BATMAN..hahahahhaha.

Dalam masa yang sama ramai DJ baru yang bersama dengan Utara FM.Antaranya DJ LIGONG,DJ WILDAN,DJ TIRDZ,DJ YUN,DJ YANN,DJ FOTO,DJ HAIKAL,DJ MAMIK,DJ JINNAKAL,DJ IS ADEE telah memberikan impak yang besar kepada Utara FM kerana kehadiran mereka telah menjulang naik nama Utara FM.Kerjasam yang erat antara DJ2 juga adalah punca utama kepada kejayaan Utara FM.

Pada bulan Mei 2010,saya telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke Sabah dan disini saya merasakan diri ini semakin dekat.Buat julung kalinya saya telah terlibat dalam program Pesta Menuai peringkat daerah Kota Marudu dan seterusnya Pesta Jagung 2010.Disinilah saya melihat betapa hebatnya radio online Utara FM dan dalam hati kecil ini berkata "saya cukup bertuah kerana menjadi sebahagian dari tenaga Utara FM".Selain itu saya juga berpeluang untuk menemubual sendiri dua orang artis tempatan iaitu RIDAH dan EBI KORNELIS di mini konti Utara FM Warisan Square.

Awal tahun 2011 juga cukup hebat apabila saya,DJ RUMPUTT,DJ KUPANG,DJ AWANGKIMANIS dan WADY telah menjayakan satu program iaitu Karnival Mesra Alam Sekitar anjuran Petronas di pantai Pimping.Disini lah pengalaman pertama saya menjadi host di event yang terbuka.Sudah tentu ia menjadi pengajaran yang cukup berguna kepada saya.

Sokongan dan kesetiaan para pendengar juga tidak dilupakan apabila Utara FM mengadakan program Jelajah Mesra Utara FM Bersama Pendengar peringkat daerah Kota Marudu dan Papar telah dilaksanakan.Program ini telah menemukan saya dengan seorang pendengar yang paling setia sejak diawal pengelibatan saya di Utara FM iaitu RNIDA dari Lahad Datu.Program ini juga telah melahirkan generasi ke-3 DJ Utara FM iaitu DJ MONSO,DJ OYEN,DJ ZACK,DJ JINMANIS,DJ HIDUP STEADY,DJ SUET dan DJ AYANKDONK,.Juga telah menemukan saya dengan pendengar yang cukup hebat penampilannya iaitu Tn.Arun Handsomeboy.

Semakin hari semakin mantap perjalanan Utara FM,dan saya sungguh terharu dengan penghormatan yang telah diberikan kepada saya apabila pihak atasan utara FM telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menggalas tugas sebagai KETUA DJ UTARA FM yang saya fikir satu tugas yang cukup berat.Tetapi berkat kerjasama yang diberikan oleh rakan-rakan DJ,saya rasa tugas ini sangat mudah ditambah lagi dengan semangat yang diberikan oleh para pendengar setia Utara FM.

Pengalaman bersiaran di radio berfrekuensi iaitu KKFM bersama-sama dengan DJ KUPANG dan DJ MAMIK juga sangat memberi makna kepada saya.Buat pertama kalinya dalam hidup,saya dapat bersiaran dalam radio betul2.

Pelawaan dari kelab penyokong bolasepak Sabah (SABAHAWKS) untuk menjadikan Utara FM sebagai radio rasmi kelab untuk menyiarkan secara langsung perlawanan bolasepak liga super yang melibatkan Sabah di stadium Likas adalah satu penghargaan yang sangat tinggi kepada Utara FM.Lebih-lebih lagi Utara FM adalah satu-satunya radio online di Malaysia yang mendapat akses untuk membuat siaran langsung perlawanan bolasepak liga super.Masih saya ingat pada 12/2/2011 ketika perlawanan pertama Sabah di Likas menentang Kedah,krew-krew Utara FM telah mendapat layanan yang cukup hebat apabila setiausaha kehormat SAFA sendiri yang mengiringi kami masuk di bilik media stadium.Sudah tentu saya juga sangat bertuah kerana telah diberi kepercayaan oleh pengurusan Utara FM untuk menjadi salas seorang pengulas perlawanan bersama-sama dengan DJ KUPANG dan di bantu oleh DJ LM.Perlawanan antara Sabah menentang Kelantan juga memberikan kenangan manis kepada saya apabila seorang DJ yang cukup hebat dan terkenal di Sabah iaitu DJ OTHOE (ex-suriafm)ada bersama dengan kami di bilik media untuk memberi sokongan moral disamping memeriahkan suasana di bilik media.

Ketika ini Utara FM sedang mendapat perhatian dari beberapa pihak hasil usaha seorang pendengar setia utara FM yang ingin melihat Utara FM maju dan bertapak kukuh.Terima kasih kepada Tuan NORDIN THANI yang begitu prihatin terhadap perkembangan Utara FM.Seperti kata penerbit Utara FM DJ RUMPUTT "Kalau kita sudah mula dipandang maksudnya kita sudah mula dihargai"

Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan semangat kepada saya.Selagi saya masih diberi kepercayaan untuk bersama Utara FM,saya berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk anda.Kepada para pendengar setia Utara FM,teruskan menyokong kami kerana sokongan anda lah kami di Utara FM berdiri kukuh pada hari ini.Tanpa sokongan dari pendengar setia seperti anda di luar sana,sudah tentu Utara FM tidak akan kemana-mana.

~~MACAM BIASA JUGA BAH~~ JALAN TERUSS