Followers

Friday, March 27, 2009

CERITA SI PERANTAU

23hb Mac yang lalu..genaplah 11 taun sia bermastautin di jipun....sia inda pasti samada tempoh ini singkat atau lama.11 taun di sini..macam2 pengalaman telahpun sia lalui...manis,pait pun banyak sia lalui..berkat kesabaran,dalam tempoh ini..sia kira berbangga sedikit.Sia masih ingat ketika mula2 memohon visa daripada pejabat konsulat jipun di KK,staff2 urang sabah kasi katawa sia,kerana mau pigi jipun tanpa mengetahui bahasa jipun..mula2 agak geram juga apabila kana kasi katawa..tetapi sia sabar sija.


Mungkin sekarang sia suda dapat membiasakan diri dengan cara hidup di sini.Cara pakai,makan,minum,dan bergaul.Cara pemikiran orang Jepun sudah sia pelajari.Pendek kata selama berada disini sia langsung inda mengamalkan budaya hidup Sabah/Malaysia.Bukan lupa atau sengaja..tetapi ini adalah tuntutan hidup disini.Mungkin bagi mereka yang cuma tinggal buat sementara,adalah tidak elok kalau tidak melakukan gaya hidup Malaysia.Tetapi macam sia ni kira tetap dan berpencen..terpaksa melakukannya.Bah kata pepatah Melayu mengatakan..dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung.

Pada entri dulu,sia ada kasi tau...bagaimana sukarnya sia menyesuaikan diri dengan cara hidup di Jepun sewaktu mula2 menjejakkan kaki...dari segi bahasa,adat,dan permakanan.Sebagai seorang yang lahir dari kawasan kampung,sudah tentu sitail kampung sangat tebal dalam jiwa sia.Contohnya di kampung kalu time makan,pinggan mesti penuh dengan nasi dan boleh mangadabol sesuka hati..boleh makan sekenyang-kenyangnya sampai OPUSAKAN kerana talampau kanyang.Di Jepun..memang payah sekali..makan nasi pun pakai mangkuk kicil..sudah tentu inda bikin kanyang...sabap itu,mula2 sia inda manahan..sia makan nasi pakai piring,lapas tu nasi pun botimbun macam gunung kinabalu..kalu inda dibuat macam itu..alamat dia,kalaparan lah ko tangah malam...bilang si somoto,ONG YOKU BALA'AI KALAGA ID JIPUN,SANGADAU NOH MATAI NOH WITILON..NUNU KAGAGAAN ONG TUMBUS OM RINAPA OT TANGASON..hahahaha

Lama2..sia membiasakan diri untuk menguasai cara urang jipun makan,dan sikarang indada masalah suda..kadang2 sia makan nasi sikit sija sabap kanyang suda dengan lauk2..
mengenai kerja pula..mula2 dulu memang agak takajut beruk juga tingu urang2 jipun karja..diurang ini butul2 inda kanal masa..urang jipun cukup marah kalu melambat-lambatkan kerja...jadi disini..inda hairan tu kalu kerja dari jam 9am sampai 8pm..diurang punya "makanan" suda tu..sakali sia tarai karja dari pagi sampai malam..trus damam bah..satu2 nya sia respek sama urang jipun..diurang inda pandang ko urang mana,bangsa apa...yang panting bulih buat karja...sabap itu..biarpun sia urang asing disini..tetapi sia tidak pernah merasakannya..sabap,layanan dan kebajikan yang sia terima,setaraf dengan orang jipun...kadang2 sia mendapat pujian kerana..sia inda pernah komplen,merungut dan inda pernah ponteng..apa lagi minta cuti..selain dari cuti rehat minggu dan cuti tahun.

Kadang2..sia juga diberi amanah untuk memberi latihan kepada staff2 baru..memberi orintasi kepada mereka...satu kebaikan dengan syarikat disini,kepala2 kantor pun bekerja seperti biasa dengan staff2 bawahan..diurang inda pernah berbangga dengan title jawatan..inda parnah sia tingu boss2 disyarikat tampat sia karja guyang kaki..kalu time lunch,selalunya boss2 opis sia ambil giliran yang terakhir untuk pigi lunch..diurang kasi duluan dulu kuli2 macam sia..lapas dipastikan kami suda makan..suda isap sigup..baru diurang pigi makan..cuba kalu di Malaysia..awal2 pagi..pagawai2/boss2..suda ilang dari opis....

Urang2 jipun mimang terkenal dengan gangguan stress kerja..ramai suda sia tingu,tapi diurang cepat mengawalnya..macam2 aktiviti diurang buat..macam BBQ,bersukan,aramaiti,karaoke..diurang juga sangat minat membaca,sabap itu..dalam train/bas..pantang ada masa sikit..sumua baca buku/majalah/surat kabar..sia percaya,penulis2 buku di jpun sikijap sija kaya sabap buku tulisan diurang laku..inda tau apa punya cerita diurang tulis.

Selain daripada kaya dengan budi bahasa dan rasa hormat,di jipun juga tidak kurang dengan gejala2 sosial...remaja2 bawah umurlah yang paling mudah terjebak dengan masalah ini..sabap itu kalu pigi club2 malam..ramai butul gadis2 bawah umur yg berkeliaran...kalu inda mau kana jangkit panyakit bahaya...janganlah cuba2!!

Sia pernah terbaca,jipun merupakan salah 1 negara yang selamat kerana kurang jenayah..tetapi berita pembunuhan hari2 berlaku..ada kawan kasi tau..di jipun,kalu ada perselisihan faham dan inda bulih di selesaikan..jalan terakhir ialah BUNUH..paling dasyat sekali ialah,perselisihan dalam keluarga juga berakhir dengan tragedi..bapa bunuh anak/anak bunuh mama/bapa..saudara bunuh saudara..sehingga budak berusia 5-6 taun pun sanggup dibunuh hanya kerana ada masalah dalam keluarga.

Kematian yang berpunca dari kemalangan jalanraya,jarang sekali sia dengar..mungkin sikap pemandu2 di jipun yang sentiasa patuh kepada peraturan2 lalulintas...dan agak malang sekali bagi Malaysia,biarpun setiap hari pihak kerajaan memberi peringatan namun kadar kematian akibat kemalangan jalanraya amat tinggi.Membunuh diri dikalangan orang jipun kerap kali berlaku..punca sebenar ialah kerana terlalu banyak tekanan hidup...cara paling popular untuk membunuh diri ialah gantung leher sendiri..tidak kira golongan elit,bangsawan,politik,artis,bintang filem sehingga ke golongan orang biasa,mereka mengakhiri nyawa dengan bunuh diri.Tahun lepas seorang menteri kabinet jipun telah bunuh diri kerana dituduh melakukan politik wang,akibat terdesak dalam parlimen..akhirnya menteri tersebut gantung diri.

Dari segi kebersihan,orang2 jipun sangat mengambil berat dalam hal ini..jarang sekali kelihatan papan2 tanda yang tertulis "DILARANG MEMBUANG SAMPAH MERATA-RATA TEMPAT"...mereka suda sebati dengan gaya hidup yang cintakan kebersihan....sebap itu setiap rumah,jenis2 sampah di asingkan..misalnya plastik hanya untuk plastik,tin/botol..tempat pembuangan dia lain..begitu juga dengan sampah biasa..jadual pemungutan sampah suda ditetapkan mengikut hari.

Sia ni kira "gila" sikit dengan barang2 letrik,kalu ada sija ngam dalam hati..misti beli..kalu mau masuk kedai letrik di jipun..misti jadi rambang mata sebap harga yang cukup murah berbanding dengan harga di Malaysia.Itu tidak menghairankan lah sabap..andang2 pun diurang punya buatan...cuma masalahnya alat2 elektronik disini hanya untuk kegunaan dalam negeri sija...harga kereta pun agak murah juga,pilihan pun banyak..urang rumah sia pula gila kereta..dalam masa 5 taun.2x suda dia tukar kereta..mula2 dia beli SUZUKI WAGON R..lapas 5 taun dia pakai..dia tukar pigi TOYOTA PASSO...kebaikannya bagi pembeli kereta disini,tidak ada main CCM..kerana harga sesebuah kereta biasa bulih dibeli dengan tunai.

Sia inda mau cerita pasal politik jipun...kerana sia sendiri inda barapa paham dengan keadaan politik disini..memang ada pilihanraya disini untuk memilih parti mana yang berhak memerintah negara.Selepas pilihanraya,dewan parlimen akan bersidang dan mereka akan memilih seorang perdana menteri..yang bagusnya dalam pemilihan itu pihak pembangkang juga akan mencalonkan seorang wakilnya bagi jawatan perdana menteri...jadi semua ahli parlimen akan mengundi dan calon yang mendapat undi terbanyak secara rasmi akan menjadi perdana menteri.Selama 11 taun sia berada disini..suda 7 orang perdana menteri yang bergilir-gilir..memang sangat lucu bila jawatan perdana menteri boleh ditukar dengan serta merta jika tidak mampu mentadbir.Kalau rakyat bersuara dan mengatakan perdana menteri tersebut tidak bagus..pihak pembangkang akan mendesak supaya dia letak jawatan..selepas itu akan dibuat pengundian di parlimen sekali lagi untuk memilih perdana menteri yang baru.Suara rakyat sentiasa didengar kerana ahli-ahli politik menerima gaji dari duit cukai rakyat.

Banyak lagi ni mau cerita..tapi lain kali sija lah..hehehe

9 comments:

Anonymous said...

bagus ni posting ko...

AragangTandik said...

Wah interesting, aik Illie, butul-butul bikin nokobieis - beliur saya tenguk itu tompipiris owo. Inda perana sudah sia mengisap-isap tu tompipiris kee. Macam sia terasa-rasa pula dia punya manis.

Umar Safri said...

tq atas perkongsian. amat baik sekali. teruskan menulis. tatagon sino kih.

IsOn said...

Memang banyak budaya jipun (terutamanya kerja) yang baik untuk dicontohi. Cuma yang selalu kalau bukan bunuh diri bunuh ahli keluarga sendiri tu yang inda berapa ngam di jiwa. Mungkin pembawaan daripada tu budaya kamikaze mangkali tu. hehe...

yg terakir tu, sya pikir bagus juga kalau pemilihan PM kita di melesia ni ikut mcm stail jipun kan. Baru orang puas ati. Tapi mimpi siang ari sja kali. perlembagaan negara inda buli kacau kunu.

wowosion pogi sino wo illie. kada mingkaso tongo kosumandakan id night club sino. milom orolian. hehe...

ILLIE said...

hahahaa ison..nunu ot orolian obo..amu ih orolian tobo ong amu adarakan..subai koh amu totoyoon ot tiwow toh..hahaha

IsOn said...

elaan no bo illie, it kaawanit dot tiwow om tad kolees i nono mari ong orikot no ot timpu. hehe...

ILLIE said...

hahahaha..tad kolees mingkaso it okerem ot takod gam..boh ong tutumboyoon noh..okon ko kolees noh mari rih..sampai mokopor turu..hahaha

NONG said...

Hahahaaa..
aso bida ko it mumulau oku mongirak iseso diti karaja dikoo d ison illie. Waro no ong melees, waro no ong mokopor.;) aiobo,tandayai dikoo ino. karaag i mari dot tiwow ong opipit no kieobo...hahahahaaaa...

NONG said...

Illie...
songkuro no ma torogo dot Ninja King 'cygnus' sino? mad ko kobiees ong siti. Tongo Herrier kikiawi. Nga nokotiim oku i bo mongodirip dot ninja king it otomatik.hehe.
Nga..mad ko tiumbal oku menikmati cara hidup orang Jepun.Nga it tongo wawasi bo.okonko it kaki pub po..aku yoku insan sumuang dot pub owo.okukuro ma sid suang dilo bo.