Followers

Tuesday, March 24, 2009

Pairin Fall From Grace.From Hero To Villain

Entri kali ini mungkin agak lain dan mungkin tidak disenangi oleh mereka2 yang masih menganggap Pairin sebagai DEWA.Sejak kebelakangan ini,ramai generasi baru KDM masih mendewa-dewakan Pairin yang pada hakikatnya suda kehilangan TARING.Saya menghormati Pairin sebagai HUGUAN SIOU bangsa KDM tetapi dari segi perjuangan politik,saya sudah hilang kepercayaan kepada beliau.Memang benar dulu saya sangat kagum dengan beliau,dan saya pernah berjumpa dan bercerita dengan beliau.Setiap kali saya mendengar ucapan2 Pairin,saya rasa berdiri bulu roma.

If there was one person who can be attributed to all the mess we are in today, it's Datuk Joseph Pairin Kitingan. Not Mahathir, not Musa Aman, not Bung Mokhtar!!

1985 & 1986, Dijulang sebagai hero Sabah menentang dominas Malaya
Selepas dipecat dari Berjaya sebab isu Pesta Sabah. Pairin bertanding sebagai calon bebas di pilihanraya kecil Dun Tambunan dan berjaya tewaskan calon Berjaya. Pairin kemudian tubuhkan PBS pada 1984 dan memenangi pilihanraya negeri pada 1985 dan 1986 menewaskan Berjaya dan Harris Salleh yang dilihat pro-KL.

1990, keluar dari pakatan BN untuk melindungi hak rakyat Sabah

Pairin keluar dari pakatan BN sebelum pilihanraya 1990 akibat diperkotak-katikan oleh kerajaan pusat. Segala permintaan Datuk Pairin dlm ucapan di hadapan Mahathir tia diendahkan dan diperkecil-kecilkan. Antara permintaan2 yg dibuat ialah royalti minyak, pembinaan universiti dan stesen televisyen negeri. Tindakan keluar dari BN mendapat sokongan rakyat bila PBS menang dlm pilihanraya.

Pre-election 1994, Tanda-tanda kepimpinan lemah

Sebelum pilihanraya 1994, krisis berlaku dalam PBS melibatkan pemimpin2 cina. Chow Tet On cuba menjatuhkan Yong Tack Lee, yg ketika itu timbalan presiden dan cuba mempengaruhi Pairin supaya menggugurkan Yong dan sekutu drp menjadi calon2 dlm pilihanraya. Ini dilakukan menerusi isteri Chow Tet On yg rapat dengan isteri Pairin, Genevieve Kitingan. Rancangan tersebut seakan-akan berjaya bila surat pelantikan untuk calon2 pilihanraya belum dikeluarkan 2 minggu sebelum penamaan calon walaupun senarai calon sudah ditetapkan. Sekutu Chow Tet On iaitu Joseph Kurup juga mengambil kesempatan ini untuk menjatuhkan Bernard Dompok, juga pada masa tu timbalan presiden. Kelemahan kepimpinan Pairin untuk mengawal keadaan menyebabkan Yong Teck Lee dan sekutu keluar dari parti dan menubuhkan SAPP yg join BN dalam pilihanraya. PBS masih menang dalam pilihanraya dengan majoriti 2 kerusi.

Post election 1994, End Of Sabahan Unity

Sejurus selepas pilihanraya, Kurup dan Lajim antara yg pertama dibeli oleh BN. Kurup menubuhkan PBRS. Chow Tet On pun keluar parti untuk join MCA. BN mengambil alih pemerintahan negeri. Pemimpin2 yg cuba dijatuhkan oleh Kurup melalui Pairin, kekal setia dlm PBS. Pairin dikhianati oleh Kurup dan Chow Tet On. Dalam satu mesyuarat, Pairin memberi restu kepada Bernard Dompok dan Adun2 lain yg hampir semua KDM untuk menyertai BN di bawah PDS untuk political survival KDM. Parti ini hanya dibenarkan menyertai BN jika Pairin tia menjadi ketua parti. Pairin sepatutnya bersara dengan penuh hormat dan membiarkan agenda KDM diteruskan oleh Dompok dan PDS yg kemudian diberi nama UPKO. Tetapi, disebabkan penangguhan penyertaan PDS ke dlm BN, ramai pengikut-pengikut join parti-parti BN sedia ada atau masuk balik PBS. Eric Majimbun-SAPP, Johnny Goh dan Othman Menudin-masuk balik PBS. Disebabkan rakyat masih confuse dgn keadaan sebenar dan sokongan terhadap PBS masih padu, Pairin didesak supaya tia bersara dan terus mengetuai PBS sebagai pembangkang. Ini memberi peluang2 kepada opportunist2 seperti Johnny Goh menjadi calon dlm pilihanraya akan datang.

Pilihanraya 1999, Pairin mengkhianati KDM

Dlm menghadapi pilihanraya, Pairin mengetuai PBS dlm pilihanraya. Antara tactic pilihanraya ialah dengan melabel pemimpin2 PDS sebagai katak-katak politik. Sebelum itu, Bernard Dompok berjaya mengekalkan sebahagian political will KDM dlm BN apabila sistem penggiliran ketua menteri disetujui oleh Umno yg mendominasi BN. Bernard Dompok juga baru 2 tahun memegang jawatan ketua menteri dan antara usaha2 yg giat di execute ketika itu ialah penangkapan dan penghantaran balik PTI dan pengenalan bahasa Dusun di sekolah2 rendah. Tapi, segala political power yg tinggal masa itu secara effektifnya dihapuskan oleh Pairin dan PBS apabila semua calon2 PDS kecuali Wences Anggang dan Siringan Gubat, kalah dlm pilihanraya. PBS pula kekal jadi pembangkang.

2002, PBS menjadi tia relevan. Pairin hilang maruah dan segala kredibiliti

Untuk political survival dan akibat kewangan sempit parti, PBS menjilat ludah sendiri dan menyertai BN sebagai parti kedua terbesar peringkat negeri. Upko memberi restu dgn harapan KDM mampu bersatu semula di bawah gabungan semula PBRS, PBS, Upko. Pairin menolak cadangan itu kerana desakan Umno yg tia mau melihat KDM bersatu walaupun dlm BN. Pairin bilang PBS parti multiracial. Kurup pun tia bersetuju sebab tau tia akan mendapat sokongan dlm parti gabungan baru itu. Pairin juga berusaha menghapuskan Upko dgn memecat semua ahli Upko yg menjadi AJK2 di KDCA dan mensabotaj calon2 Upko pada pilihanraya 2004. Wences Anggang kalah di Kuala Penyu kpd calon bebas, John Ghani. Bernard Dompok hampir kalah di Kinabalu. Usaha mensabotaj masih diteruskan hingga ke hari ini.


Kesimpulan dia, Pairin pernah menjadi hero Sabah dan layak diberi gelaran Huguan Siou utk urg2 KDM atas jasa beliau sepanjang menjadi CM. Tapi Pairin sendiri menghancurkan reputasi beliau apabila mengkhianati KDM dan mensabotaj pemimpin2 KDM lain utk kepentingan peribadi beliau dan pengikut2 beliau seperti Johnny Goh dan Maximus Ongkili. Daripada pemimpin berjiwa rakyat, Pairin berubah menjadi pemimpin gila kuasa dan gila kekayaan yg sanggup berbuat apa saja yg hina. Beliau terus berbohong dan tipu urg2 KDM yg masih setia sama PBS yg mempercayai segala kata2 beliau sampai hari ini yg kunun PBS hari ini masih lg PBS 1984.

I despise PBS. I despise what Pairin has done but I respect the Huguan Siou institution. Pairin has put all the KDMs in a dilemma by continue being the Paramount Chief and at the same time a politician lapdog to Umno. Pairin betrayed the KDMs by making the Paramount Chief the greatest stumbling block to the progress of the KDM community. The day the KDM community starts moving forward again is the day when Pairin retires from politics, by any means. The KDMs have to accept this reality. We must not let ourselves be cheated anymore.

3 comments:

IsOn said...

Posting yang baik untuk membuka minda rakyat, khususnya Bangsa Kadazan Dusun di Sabah.

RumbiaMasolog said...

Lets go for Sabah For Sabahan. Lets go for UNITY...AGAIN...

AragangTandik said...

BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH.