Followers

Wednesday, March 4, 2009

TINGKALANON

Sebut saja nama Tingkalanon..mangkali seluruh daerah Kota Marudu kenal..kampung ini merupakan salah 1 kg tertua di Tandek.Mengikut cerita2 lama yg sia dangar semasa pembukaan kg ini penduduk terlalu padat sehingga tidak muat maka diputuskan agar sebahagian penduduk supaya membuka penempatan lain.Mungkin juga ada kebenaran dengan cerita ini kerana biarpun kampung berasingan tetapi masih ada ikatan tali persaudaraan antara penduduk Tingkalanon dengan penduduk kg2 sekitar Tandek.

Masih segar dalam ingatan sia..sekitar taun 70-an,kg Tingkalanon cukup meriah.Waktu itu semua rumah2 penduduk berdekatan dan hanya 1 tempat saja tetapi sekarang sebahagian penduduk sudah mendiami rumah bantuan kerajaan dan diseberang sungai dibuat kawasan perumahan baru kerana kawasan perumahan lama suda padat dan sesak...

Oleh kerana kerajaan telah menetapkan kawasan seberang sungai adalah tanah kampung makan sebahagian penduduk telah membuat rumah disana..suatu ketika si somoto mengistiharkan dirinya sebagai ketua kampung penempatang baru itu kerana beliau adalah orang pertama yg membuat rumah di sana...sia dengar si somoto mau mewujudkan perkampungan baru sehingga beliau menamakan penempatan baru itu sebagai KAMPUNG PURAK TINUNGKUP BARU ada juga yg kasi nama penempatan baru itu sebagai KAMPUNG MASALONG..sebap sewaktu pembersihannya banyak ular masalong diurang jumpa bersarang dalam hutan..hahaha namun usaha si somoto untuk mewujudkan kg.baru tidak kesampaian kerana dilarang oleh ketua kampung Tingkalanon.

Sewaktu zaman pemerintahan Berjaya kg.Tingkalanon ada klinik desa..kalu inda silap seminggu sekali ada pegawai perubatan/bidan yg mengurus klinik tersebut..tapi lama2 tidak terurus dan bangunan itu lenyap begitu saja..didirikan juga sebuah rumah persingahan untuk para tetamu atau orang2 luar untuk menginap dan rumah itu masih berdiri teguh sampai sekarang kerana dijaga dengan rapi..rumah itu juga didiami oleh pengkaji bahasa Kimaragang dari Amerika sdr.Paul R. Kroeger.Kerajaan Berjaya juga telah mendirikan sebuah surau di Tingkalanon tetapi ketika itu sia tidak nampak seorang pun yg mengunakan surau tersebut...sia sendiri tertanya-tanya mengapa didirikan surau kalu tiada yg mengurus? jawapannya 1..sia sendiri pernah melihat pengislaman secara besar-besaran di kediaman YB Tandek ketika itu Welson Malingka...sia dangar siapa yg masuk Islam kana kasi kain sarung..songkok dan duit..sewaktu balik dari sikulah..kami sempat singah di rumah YB dan lihat ramai urang yg babaris mendaftar..ada yg sia tingu pigang2 songkok...di Tingkalanon sendiri ada beberapa orang yg terlibat dalam program pengislaman...tapi sia inda mau sebut2 nama mereka disini..kebanyakan yg masuk Islam adalah penyokong2 parti Berjaya..nasip baiklah beliau sia ni penyokong USNO..heheheehe..tapi kalu siapa2 yg pigi kg Tingkalanon sikarang...mungkin kamurang terkejut..surau itu semakin indah dan bersih kerana ada orang yg jaga..si cikgu Yahya tapi sia inda pasti berapa orang yg betul2 berjemaah di surau tersebut.

Dulu2 Kg.Tingkalanon ni macam zoo..segala bentuk binatang berkeliaran..abandan boh..boli,kakang,manuk,titik,angsa,patuk,ayam turki,kambing,kuda,karabau,tasu,tusing,kara..masam2 binatang peliharaan.Si Saibon pernah membuat projek ayam ternakan di Tingkalanon dulu..ayam putih(ayam piara)..banyak bah..ratus2 ekor juga..kami budak2 makan gaji sementara tampat dia..kasi makan ayam sama kasi minum...tapi inda tau tiba2 banyak ayam si Saibon mati...tiap2 pagi kalu tingu kandang ayam dia..barapa ikur yg mati..lama2 daripada mati semua..si Saibon kasi jual ayam dia dan ada yg dia putung..apa lagi kami budak2 kenduri ayam piara bah..hehehe

Sekitar taun 1976..ada 1 banjir besar melanda perkampungan Tingkalanon..seingat sia..air sampai naik paras lantai rumah..penduduk2 ada yg lari di kawasan bukit..kami sekeluarga pun pindah sementara di rumah si madawai kerana rumah dia tidak dinaiki air..sanalah kami impit2.

Tingkalanon juga banyak pokok rumbia,satu masa ada gontong royong mau tabang rumbia jadi seluruh penduduk bersama-sama..kami yg budak2 inda sabar2 mau makan kuih yg dibuat dari rumbia..sadap oooo dia punya natok..sikarang jgn mimpi lah mau tingu pokok rumbia tumbuh di Tingkalanon..balakang rumah sia ada pokok KAPUK (siapa inda tau apaitu KAPUK) cari sendiri..hehehe..sia selalu makan buah kapuk yg masih muda..manis2 kalat bah rasa dia..yg suda tua..mama selalu kumpul dan ambil kapas2 dia untuk buat bantal.

Pernah juga di Tingkalanon menjadi pusat pementasan drama bangsawan..tebing sungai tu diurang buat..banyak kumpulan2 drama dari sekitar kawasan kg berdekatan membuat pementasan drama..yg sia ingat drama kumpulan di Majawap jadi johan ..kumpulan drama dari Tingkalanon pun apa juga kurangnya sebap drama dia bahasa dia Kimaragang yg diketuai oleh bapa Sanguru kalu inda sia silap..tajuk drama diurang PILAT LE'ED MINOMURA'A KEMBAGU (luka lama berdarah kembali)..hahahaha..kumpulan yg 1 lagi sia inda barapa ingat apa drama diurang..tapi macam ada juga aksi bertikam-tikam..yg sia ingat dialog diurang... "CISSS!!! KAH DIT SITAUT"..hahahahaha..syg bah indada kamera time tu..kalu tidak ada juga kenang kenangan generasi masa kini.

Selain daripada pusat pementasan drama..Tingkalanon juga kalau hari minggu tempat persingahan bagi penduduk2 dari kawasan bukit..mereka berehat di Tingkalanon sebelum meneruskan perjalanan di Tamu Tandek pada hari satu..oleh kerana ada antara mereka yg ada kaitan persaudaraan dengan kami..maka kalu diurang turun Tingkalanon,kami selalu suruh tidur rumah,diurang pula selalu bawa buah2an untuk kami sekeluarga.

Zaman PBS Tingkalanon semakin ada kemajuan..setiap rumah diberi bantuan paip air pecuma yg di ambil dari punca mata air di bukit..waktu mula2 memang paip2 bagi setiap rumah berfungsi.Sekarang paip2 di Tingkalanon hanya jadi perhiasan kerana sia diberitahu saluran pada punca tersumbat kerana hujan dan tidak ada usaha untuk membersihkan kerana menurut JKKK..perlukan duit untuk belanja...inda barani bah JKKK kami ni bersuara sama YB.

Baru2 ini sia balik kg..sia dangar ada urang sabalah bukit Tingkalanon yg kurik tanah kunun2 termimpi ada emas ditanam pada kawasan tersebut..3 urang yg pigi kurik 1 kawasan tanah bukit sampai inda tau barapa basar lubang yg kana kurik gara2 mau cari emas..bilang si uluk sampai itu urg tingal tangkurak badan dia..ujung2 projek pengalian emas diberhentikan begitu saja kerana tiada emas yg dijumpai..diurang bilang bikin abis ayam..sabap setiap kali diurang pigi mengali mesti putung ayam dulu..hahahahaha

Sekarang kawasan perumahan di Tingkalanon pun sudah teratur..suda ada perumahan bantuan kerajaan..jalan masuk kg pun sudah bertar..tiada lagi binatang2 berkeliaran kecuali ayam..kerbau..lain2 suda dilupuskan.Jambatan gantung ada 2 bilang si TK..hahaha.Tapi tiada suda sia tingu gelagat budak2 bermain dikawasan kg..dulu inda payah tanya..suara budak2 kg yg banyak kedengaran kerana banyak permainan kami ketika budak2..main ting-ting,main tumpos,guli bawah kulung,main bedes,main sungki,lumba rarangou,milolosok..nah sikarang jangan heran..budak2 kg ramai yg ada henpon..asal petang2 sumua senyap sija sabap masing2 balik rumah tingu astro..tapi sia tidak salahkan mereka kerana ini disebapkan peredaran zaman..tetapi alangkah sedihnya kerana permainan tradisi sudah dilupakan generasi kini.

8 comments:

NONG said...

Osiuk ini cerita ko illie...
Kerak oku dit part managad sokid mogi'im tamas.."Kurus kering meringkai,kumponi tidak pakai" ka bo ong garagas kungkung no banar.:)

Andaman ku at Kapuk kanu, tahan lasak betul mari kiobo kalau kapuk. Ko ingat lagi kaitu kapuk sana Salimandut di belakang balairaya itu Illie..kakal po kakal silo tidino. Lowong oku too dit ari minggu tu aku nanu gambar. Dapo kai,koli po wagu. Masih berbuah itu kapuk.Kami pun pernah juga makan itu dulu2.Sampai begaduh di bawah pokok misosolod pungut kapuk yang jatuh kana puwos. Sampai sya mongi'it bo klu sya..hahaa.Banyak sudah bantal kami mama buat dari itu kapas kapuk dan bantal2 itu masih lagi ada sekarang...Kilinsou nogi id suwang bantal..hehee.
Itu rumbia pun aramai juga.. selalu kami mamampag dulu2. Sekarang jarng sudah tu dorang kasi jimat2 itu rumbia.nanti opunso bilang.Inda tau sebelah mana lgi ada rumbia sana kg sekarang..itu astaka itu pun masih juga itu di sana kedudukan dia. Kami tidak ubah sebab strategik betul..itu asrama sudah c Jamadil kasi hancur..mindama banar. dia kasi ganti bangunan KRT yg tidak pernah berfungsi...huhuuu.
Mangai no ka illie popostingo it cerita nu dimula..it kursus miagung po.Andaman kuno mari it kursus diri kiobo.It waro kursus PPI mantad Pitas diri nga tahun 5 okuno...hehee.cukup ingt segala perkembangan semasa..

Anonymous said...

siuk ni cerita dulu2... ogugumu no kerarakan. hehe
bah... talib...

IsOn said...

Hee... ogumu mari pomingkasaan telalaan ku dit tanganak po ki. Iso not ades, kukuoyon2 ku mongijos ot tunturu ku nga amu nopo kosikuru ku banar mamain do guli kiobo. Mindama main guli owo. Ong milelestik po, oponu mari pakit do gata ki. Sampai anaru pisosombugon om pakayon po nono main tali. haha...

AnaK DusuN KimaRaganG said...

Walaupun jauh di mata tapi dekat di alam internet : ) ...brother illie...klu ada cerita mcm mana nama kg tingkalanon dapat nama..sya rasa bgus utk pengetahuan...sya mau tau ceritanya...ada juga sya dgr2 tapi indak pasti...ada juga sya dgr dulu time british memerintah...british mau bina sekolah di tandek tapi di bantah oleh aki sambion...cerita tu sya tidak berapa pasti..mungkin cerita tu boleh di kongsikan bersama... : )
ari gato gozaimas... betul kah tu hehee...

BUNG ADI said...

Hmm...saya penulis tesis pasal GPS Tandek. Memang pada mulanya GPS Tandek dihalang oleh pemimpin tempatan, tetapi akhirnya 1936 GPS Tandek jadi kenyataan. Pertama di Kota Marudu. Jika tidak dibantah, mungkin kita antara yang pertama di Sabah. Apapun, usahlah menyalahkan nenek moyang, tentu mereka ada asbabnya berbuat demikian.

Hmm...cerita ttg Tingkalanon ini membuat saya...hmm..hmmm...hmpir2 mo nangis ooo....

Unknown said...

Illie mana ni aah?

Unknown said...

Illie mana ni aah?

Si Manis said...

Cerita pasal pementasan drama di tepi sungai Tingkalanon tu memang legend. Arwah bapa kami Saidin Masabun aka Sedian memang salah sorang direktor, pengarah dan penulis skrip yang rajin ikut pementasan. Dia punya pelakun sa lupa sudah.