Followers

Friday, June 5, 2009

6-6-1976( MASIH INGAT KAH ANDA PADA TARIKH INI )

6-6-1976- ketika ini saya mungkin menyambut harijadi yang ke-5 tahun.Kerana saya lahir pada 6-6-1971.Saya mungkin salah seorang didunia ini yang bergembira kerana setiap kali angka 6-6 tiba akan menyambut ulangtahun kelahiran.Tetapi tidak bagi mereka yang ahli2 keluarga terlibat dalam kemalangan udara.Tarikh tersebut ialah 6-6-1976.

Mungkin kita telah lupa atau sebahagian generasi muda tidak tahu langsung,bahawa tarikh inilah adalah hari malang bagi seluruh negeri Sabah.Tarikh inilah yang meranapkan impian rakyat Sabah terutama kaum KDM.

6-6-1976 rakyat Sabah dikejutkan dengan berita sedih,iaitu kemalangan udara yang melibatkan pemimpin2 terkenal negeri Sabah ketika itu.Tragedi ini lebih di kenali sebagai "DOUBLE SIX"

SEJURUS selepas azan berkumandang dari Masjid Negeri Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 3.50 petang pada 6 Jun 1976, sebuah pesawat jenis Nomad buatan Australia dilihat berpusing-pusing di udara selama lima minit.

Bagi penduduk Kampung Sembulan, mereka menyangka bahawa gerak-geri pesawat itu dianggap perkara biasa atau latihan penerbangan yang berlaku pada setiap hujung minggu tanpa menimbulkan syak wasangka malapetaka besar akan berlaku.

Tanggapan mereka silap kerana hanya beberapa detik selepas itu, pesawat membawa orang kenamaan kebanyakannya anggota Kabinet Sabah menjunam dan terpacak di perairan cetek, kira-kira 100 meter dari rumah penduduk kampung.

Dentuman kuat menyebabkan kebanyakan rumah bergegar kerana kejadian berlaku terlalu hampir dengan penempatan penduduk yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sebelas nyawa terkorban termasuk Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens, anaknya Allahyarham Johari Tun Fuad serta tiga menteri kerajaan Sabah, pegawai kanan kerajaan dan anak kapal.

Tidak sampai 10 minit selepas kejadian itu, beribu-ribu manusia cuba menghampiri tempat kejadian menyebabkan pasukan keselamatan terpaksa menghalang orang ramai ke kawasan nahas bagi mengelakkan kesukaran menyelamat serta mengganggu bukti siasatan.

Pasukan keselamatan dan pertolongan cemas bertungkus lumus membantu anak kapal dan berjaya menghampiri mangsa pertama iaitu Allahyarham Syed Hussein Wafa.

Saksi kerja menyelamat menggambarkan mayat mangsa yang terhempas begitu lembik seolah-olah 'sepasang baju' yang basah.

Pada awal pagi sebelum kejadian, Allahyarham Mohd Fuad menyertai pertandingan berjalan kaki bersama orang ramai di Kota Kinabalu. Pada jam 10 pagi, beliau ke Labuan untuk upacara perasmian kilang penapis minyak bersama Menteri Kewangan Persekutuan ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah.

Mungkin ajalnya sudah tiba, beliau meminta penerbangan dipercepatkan walaupun penerbangan asal adalah pada jam 5 petang. Mohd Fuad menaiki pesawat itu bersama 10 yang lain termasuk anak kapal.

Mohd Fuad bersama anggota kabinet yang terbunuh dikatakan baru mengangkat sumpah selepas memenangi pilihan raya negeri yang diadakan antara 5 hingga 14 April 1976. Pada pilihan raya itu, parti Berjaya menewaskan Usno setelah memenangi 28 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tragedi itu menimbulkan banyak persoalan mengenai punca kejadian kerana ada yang menganggap masalah teknikal, ada yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, wujud juga dakwaan sabotaj kerana pesawat dinaiki ramai anggota Kabinet Sabah.

Berdasarkan kenyataan Syed Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Pelbagai pihak memberi pandangan masing-masing tetapi teori paling menarik ialah mungkin terlebih muatan kerana pesawat Nomad hanya boleh memuatkan enam orang anak kapal termasuk penumpang tetapi jumlah kemalangan jiwa dilaporkan hampir sekali ganda.

Namun, peristiwa itu sebenarnya mengubah senario penggunaan pesawat atau helikopter yang membawa orang kenamaan (VIP). Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Korban Tragedi Nahas

1. Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Andu
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Kopral Mohd Said
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Anak kepada Tun Fuad Stephens, Johari.

Banyak berita dan khabar2 angin yang kita dengar dengan tragedi ini.Saya kongsikan disini tentang apa yang saya baca dan dengar dari khabar2 angin.

Perancangan Bunuh Ketua Menteri Sabah Pertama

Pada tanggal 6 Jun 1976, kapal terbang yang membawa allahyarham cuba mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Menurut sumber yang dipercayai, kapal terbang tersebut gagal mendarat ke lapangan terbang kerana dihalang oleh pihak berkuasa yang mengarahkan pengurusan lapangan terbang bagi pesawat tersebut mendarat.

Selepas berlegar-legar di sekitar Kota Kinabalu, pesawat tersebut kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan.

Sejarah yang Disembunyikan

Menurut maklumat yang disediakan oleh Lembaga Pelancongan Sabah, Tugu Peringatan Double Six dinyatakan sebagai satu tragedi penting dalam sejarah Sabah.

Tidak ada sebarang risalah yang disediakan oleh pihak Pusat Pelancongan Sabah bagi mendapatkan maklumat mengikut versi yang disediakan oleh kerajaan Sabah. Tiada papan tanda di mana-mana di Grace Point tersebut. Khabarnya, sebelum ini terdapat sekeping tembaga yang menceritakan sejarah mengenai tugu peringatan ini.

Siapa Tun Mohd Fuad Stephens?

Beliau menjadi Ketua Menteri Sabah Pertama pada 1963-1964. Pada waktu itu, beliau memimpin United National Kadazan Organisation (UNKO). Kemudiannya, dipilih sekali lagi sebagai Ketua Menteri Sabah kelima pada 1976 menerusi BERJAYA. Malangnya, perkhidmatan beliau hanya selama 44 hari sahaja sebelum perancangan membunuh beliau dibuat.

Semasa hayatnya, beliau yang masa itu dikenali sebagai Donald Stephens menyertai North Borneo News sebagai wartawan pada 1949. Donald menyedari pentingnya sebuah akhbar yang berkaliber dan mengetuai dalam penubuhan Sabah Times.

Donald membentuk Sabah Times sehingga menjadi sebuah akhbar yang berupaya menyampaikan berita-berita sahih di Sabah dan pengaruh daripada situ, beliau menjadi ketua Menteri Sabah yang pertama semasa Sabah Berjaya memperolehi kemerdekaan.

Apa agaknya yang tersurat dan tersirat di sebalik kematian Tun Fuad dan kawan2nya?? Persoalan ini tidak ada yang boleh menjawab sampai bila2 pun.Rasa2 kamu urang lah, ada sangkut paut kah kematian Tun fuad ini dengan penindasan kaum KDM pada hari ini ah?

Antara mitos yang paling pemos saya dengar tentang tragdei ini ialah pengelibatan Datuk Haris Salleh.apa yg sia dgr dr cerita org² lama politik... beberapa pemimpin Sabah yg diketuai oleh Tun Fuad sendiri merancang utk keluar dari Malaysia... dan menjadi sebuah negara republik... jadi kamurang sendiri fikir siapa pembelot kepada Tun Fuad.

Di fahamkan Harris Salleh sepatutnya turut menjadi salah seorang penumpang kapal terbang... tapi beliau berkeras tidak mau naik... di sini kita rasa macam sangsi dengan kelakuan Haris Salleh...dan selepas kematian Tun Fuad,Haris Salleh telah di lantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Ada juga yang mengatakan BOM JANGKA suda dipasang dalam kapal tersebut,kerana menurut saksi di sembulan,sejurus kapal itu terhempas,kedengaran letupan kuat diudara.Melihat kepada bangkai pesawat itu saja sudah cukup menjelaskan sesuatu yang tidak kena. Kapal itu terjunam di laut, tidak berkecai (mungkin kerana ia jatuh pada altitude yang rendah) tetapi cabinnya seakan telah meletup. Jika pesawat itu mengalami kerosakan pada engine atau alat kawalan sebelum terhempas, sudah pasti (sepasti-pastinya) pilot sempat memaklumkan kepada menara kawalan.

Sedia maklum setiap kali kemalangan yang melibatkan kapal terbang,pasti perkara yang tedahulu di siasat ialah KOTAK HITAM.kerana kotak ini akan menyimpan data pilot dan akan mengetahui punca nahas yang sebenar.Sampai sekarang kita tidak tahu,dimana kotak hitam itu berada?

Di zaman ini kita sering mendengar berita mengenai nahas udara yang melibatkan kapal terbang dan kita tahu kalau sekadar terhempas,tidak lah seteruk mana kita masih melihat bangkai pesawat itu dengan jelas apa lagi kalau terhempas di laut.Tetapi kapal terbang yang membawa Tun Fuad dan rakan2 sangat sadis kelihatannya.Tidak hairanlah kalau ada orang mengatakan kapal tersebut meletup kerana ledakan bom.









13 comments:

Kaiserin Sisi said...

Kejadian ni pasti sia ingat... sebab bapa sia sikit lagi ikut sama Tun Fuad tapi last minute dia kana suruh ikut kapal yg lewat sikit.

Aldusuni said...

Sy lambat 5 minit saja aman....Selamat Hari lahir k...Sy ingat tarikh ini. Masa tu umur saya 10 tahun...

TT said...

kie..
mama cakap tu kapal penuh penumpang so bapa kana suruh ikut kapal lain.
Saya nampak gambar no.4 memang seakan2 macam bapa tapi tak pasti.

Kawan tompipiris,
ada gambar lain ka basar sikit. Buli kamirang tiguk.

JMimie said...

Lama nda masuk sini...menarik ini paparan...baru tau hari ni...Happy belated birthday Illie!

MARUDU BLOGGERS said...

kaiserin..letty..thanks ah..woww..nasib baik ooo kan bapa kamurang inda dapat ikut..erti dia..Tuhan masi sayang sama dia.. nanti lah sia cari gambar yang basar sikit ah..

MARUDU BLOGGERS said...

mimie..hehehe thanks nopo boh..otuo oku noh diti..hahaha

TOMPINAI said...

daily express melaporkan yang kerajaan Negeri akan memajukan temapt itu sebagai taman memperingati para pemimpin yg terkorban dan juga akan dijadikan sebagai Land Mark utk Bandaraya Kota Kinabalu. Siap dengan pusat informasinya. Harap kali ini jadi...

BUNG ADI said...

Selepas artikel mengenai "deklarasi gaya", ini artikel paling menarik. Teruskan membongkar apa yang jaranggggg orang tahu...syabas!

BUNG ADI said...

oya, selamat hari lahir!!! tarikh yang pasti tidak dilupakan. semoga panjang umur, murah rezeki. Banyak yang mesti kita pelajari dari sejarah.

ajampeace said...

salam...negara baru ja merdeka, tp terfikir pla sal perkara berkaitan sabah..banyak ketidakadilan berlaku...bila kita suarakan, pasti ISA jawabnya..so perluka ISA dimansuhkan..

JAMILKUCING said...

Bro sia pinjam artikel ini untuk sia kongsikan di blog sia ya. sia bukan orang sabar tapi orang kuala lumpur.sia punya banyak kawan dari sabah di sini.

http://bbcatlover.blogspot.com

JAMILKUCING said...

Bro sia pinjam artikel ini untuk sia kongsikan di blog sia ya. sia bukan orang sabar tapi orang kuala lumpur.sia punya banyak kawan dari sabah di sini.

http://bbcatlover.blogspot.com

Esther Clement Tubong said...

I WILL REMEMBER THIS FOREVER.....KALO DRG C MAHATMA GHANDI OR ABRAHAM LINCON KENA BUNUH ORG YG DENGKI (MESTI ADA YG SURUH BUNUH LAA TU)..TAPI KALO MCM TOKOH KITA YG 6 ORG NI???..TAKKAN MATI SECARA KEBETULAN N SEKALI GUS???..ERMM MUSTAHIL..SYA PERCAYA..EVEN BUDAK YG SUDA PANDAI MEMBACA PUN TAHU SEPA DALANG SEBENAR..................MAY GOD BLESS OUR HERO...