Followers

Friday, June 5, 2009

RENUNGAN UNTUK MEREKA YANG BERGELAR "PEMIMPIN"

PERHATIAN: INI BUKAN HASIL KERJA TANGAN SAYA,TETAPI SAYA COPY DARI BAHAN BACAAN.SEMOGA DAPAT SEDIKIT PENAMBAHAN PENGETAHUAN UNTUK MEREKA2 YANG BERGELAR "PEMIMPIN".SAYA BERHARAP APABILA ANDA MEMBACA ENTRI INI,AKAN TERBUKALAH MINDA DAN HATI ANDA AKAN JADI LEMBUT..YANG SELAMA INI,BEGITU KERAS!

PEMIMPIN: Disini kita sama2 berkongsi pandangan bagaimana menjadi seorang pemimpin,tidak kiralah peringkat manapun kita memimpin,kita tetap seorang pemimpin.

Tips pertama: Jiwa pemimpin mesti kuat

Tapi bolehkah jiwa boleh kuat?Sebagai manusia kita tetap ada emosi,kita tetap ada waktu,semangat kita lemah.Kita mahu mengadu nasib,mengadu masalah.Pemimpin harus jiwa kuat kerana orang akan mengadu kepadanya.Tapi bagaimana pemimpin sendiri mengadu nasib?Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada YANG AMAT KUAT.Jiwa pemimpin mesti kental.Kalau mahu jiwa yang kental,kena lalui banyak dugaan hidup.Ada sedih,ada sakit barulah jiwa kental.


Tips kedua:
Jiwa mesti berani

Berani maksudnya bersedia menghadapi risiko.Pemimpin harus berani bukan berani untuk mendapatkan risiko,tetapi berani untuk menempatkan diri di sekeliling risiko.Tidak ada sesiapapun dalam dunia ini yang mahu menanggung risiko,tetapi sering berlaku,sesuatu kejayaan berada dalam celah2 risiko.Kadang kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil.Beza antara orang yang boleh jadi pemimpin yang besar dengan orang yang hanya memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang sedia ada.

Keberanian mesti ditanam dalam diri.Keberanian mesti dilatih.Hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati.Kalau pemimpin tidak berani,bagaimana orang mahu berlindung dibawah panji2 kepimpinan kita?


Berani menghadapi dosa??
Dalam kehidupan sebagai seorang pemimpin,kita akan bertemu dengan ramai orang.Ada orang yang memang penakut.Dia memang tidak buat dosa,tetapi dia bukan tidak mahu buat dosa,cuma jiwa dia penakut.Orang jenis ini nilai takwanya adalah sederhana.

Ada orang yang berani.Orang ini yang keberanian dia tahap tinggi.Tapi dia amat takut dengan dosa.Dia memang berani untuk mencuba perkara2 baru,tapi dia tetap takut dengan dosa.Orang ini benar2 bertakwa kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dari aspek dosa.

Berani biar bertempat.Bukan berani tanpa ilmu dan tanpa akhlak.Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata kerana pujian.

Anda ada pendapat yang mahu diutarakan.Jangan takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung.Ada persoalan nak dilontarkan pada seminar2,jangan takut berdiri dan bertanya.Ada pendapat yang anda rasa menarik untuk dikongsi,jangan takut berdiri dihadapan dan bersuara.Jika berada dikhalayak pun anda gagal,jangan haraplah untuk berani menentang musuh.

Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan.Beranikan dengan jarum2 dengan menderma darah.Kecuali jika ada risiko2 yang anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda.Contohnya jika anda bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga,jangan nak berlagak berani menentang dasar2 kerajaan yang meranapkan periuk nasi keluarga anda.Anda masih ada cara untuk menunjukkan keberanian.



Tips ketiga: MENGUASAI EGOISME

Pemimpin yang berwibawa ada egonya.EGOISME bukan bermaksud ego,angkuh atau sombong.EGOISME bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi.Nak tahu anda punya ego yang kuat atau tidak?Anda terasa kurang enak apabila dikritik.Itu satu.Keduanya,anda bila berbicara,kalau boleh nak tonjolkan anda ada satu kehebatan.Itu tandanya anda ada ego.Namun ego mesti dikawal kalau mahu jadi pemimpin yang baik.

EGOISME membuahkan keberanian dan kehebatan.Tanpa ego,anda tidak berani menghadapi musuh yang hebat2.Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik.Anda mungkin akan tewas dengan anak2 buah dalam organisasi anda.Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego.Rasa hemah dalam diri,rasa diri berkebolehan itu ego.Ia membantu kerja2 anda untuk memimpin orang lain.

Tapi awaslah dengan rasa2 tersebut.Syaitan sentiasa mempergunakan rasa2 itu untuk anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda.EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan kehebatan anda apabila bercakap.Hal ini menyebabkan orang lain akan boring pada anda.Mungkin ada yang meluat..terutama rakan2 anda.kawal lah ia dengan sikap merendah diri.Tidak akan jatuh kepimpinan anda jika merendahkan diri sesama manusia.


Tips yang ke-4: BERTANGGUNGJAWAB

Kalau diikutkan,dalam mana2 ajaran agama di dunia,kepimpinan adalah tanggungjawab.Maka tidak kira anda berada diperingkat mana,anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpin.Serendah rendah tahap pemimpin itu pula hanya mampu memimpin diri sendiri.Perlu ingat,tak mampu pimpin diri,jangan harap nak pimpin orang lain.Arah tangan itu,arah kaki itu.Biar akal yang mengarahkan,bukan nafsu.Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tidak layak jadi pemimpin.

Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin.Dalam cerita Spiderman ada ungkapan:"Great power comes with great responsibilities!!" Birmbaum,seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa "sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan,manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia2!!"

Justeru,bagi mereka yang ingin jadi pemimpin yang baik,mesti lah perlu ada sikap tanggungjawab.Jangan ada lepas tangan terutama ketika dilanda masalah.

Ada orang,bila berlaku sesuatu yang baik,segera diutarakan bahawa dia bertanggungjawab.Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk,cepat2 dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu.Dia tidak bertanggungjawab.Itu bukan pemimpin yang sebenarnya.Isu bertanggungjawab tidak timbul jika berlaku sesuatu kejayaan,kerana semua orang mengaku kejayaan miliknya,usahanya.Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan.Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab.

Anda nak jadi pemimpin?Bertanggungjawablah selagi ia dibawah pimpinan anda.Sebab itu,bagi pemimpin yang baik,dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar mereka tidak melakukan kesilapan.Bagi yang dipimpin,sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu,janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab ialah bukan anda tetapi boss anda.


Tips ke-5: MESTI BOLEH KONTROL ORANG,BUKAN KONGKONG ORANG

Asas pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu kontrol orang.Mampu satukan ahli2 dalam organisasi untuk sama2 mencapai objektif.Bak kata Donald Trumph.."kalau tak boleh kontrol ahli,tandanya kurang leadership"

Dalam organisasi,kalau semakin banyak yang pintar dan hebat,semakin banyaklah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik yang akan berlaku.Dalam organisasi besar,part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja.tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea dan konflik ego.Konflik2 inilah yang harus dikawal oleh pemimpin.

Bukan senang mengawal konflik.Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi.Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman....

Mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan.Banyak cara untuk mengawalnya.Undang2 atau kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang bawahan.Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal.Penguatkuasaan tanpa penyeliaan juga tak ada erti.

Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut berbicara cara slow talk.Jangan cakap2 belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan yang tidak elok bagi masyarakat kita.



TOMPIPIRIS BILANG: Saya percaya jika sikap2 ini ada pada pemimpin di N.5 Tandek,grenti orang ramai tidak akan bising2..orang tidak akan meluat,orang tidak komplen,malah saya percaya,orang2 Tandek sama2 tampil kehadapan untuk mempertahankan pemimpin ini.

Semoga dengan terpaparnya entri ini,serba sedikit akan mengubah cara kepimpinan mereka.Orang tidak akan melenting tanpa sebab jika pemimpin mereka betul2 ikhlas dalam memimpin.Kita tengok organisasi dibawah..bukan calang2 orang yang dipilih untuk memimpin kita.Mereka ada banyak pengalaman,tetapi mari kita tanya,apakah mereka betul2 ikhlas untuk menjadi pemimpin di N.5 Tandek.

PBS N.5 TANDEK DIVISIONAL LINE- UP ( 2008-2011)

DIVISION CHAIRMAN: YB DATUK DR.MAXIMUS J.ONGKILI
DEPUTY CHAIRMAN: YB ANITA BARANTING
VICE CHAIRMAN I: MR.JAMADIL EDARON
VICE CHAIRMAN II: MR.MAJIA JAGA
VICE CHAIRMAN(YOUTH): MR.CHRISTOPHER MANDUT
VICE CHAIRMAN(WOMEN): MS.JULITA DALINSI
SECRETARY: MR.LU KIM YEN
ASST.SECRETARY:MR.JOSEPH KULAI
TREASURER:MR.WEBLEY DISIM
ASST.TREASURER:MR.UPING LADAPAN
INFORMATION CHIEF:MR.MALAKIN LUNTAS
COMMITTEE MEMBER: MR.MAJAWAB MASANTUN
MR.JAIR TASIN
MR.SABIKAL INDUK
MR.HENDRUS ANDING
MR.KOYO MINDONG
MR.MAJUIN GANAU
JURUAUDIT: MR.LIEW YUN FAH


WOMEN MOVEMENT

WOMEN CHIEF: MS.JULITA DALINSI
DEP. WOMEN CHIEF: MS.ROSLYNE BASINAU
VICE WOMEN CHIEF I: MS.JAIMAH GUROD SAM
VICE WOMEN CHIEF II: MS.MAIRIN TUTUM
SECRETARY: MS.LETTY MICHEAL
ASST.SECRETARY: MS.LINA JALIS
TREASURER: MS.JOSEH VUNG NYUK CHIN
INFORMATION CHIEF: MS.MONAWATI HASIDA
COMMITTEE MEMBER: MS.CARINA DAWAK
MS.SEANI YAMBAK
MS.SAHIJA WASIMIN
MS.SHAYA ABDUL LATIFF
MS.KENAH KAMAL
MS.JUINIS BILOKAN
MS.RAIMAH PANGAJU
MS.ROZYLIN ALEX
MS.LUNA MOON MAIRON
JURUAUDIT: MS.JUBAIDAH KUNDALANG

YOUTH MOVEMENT
DIVISIONAL YOUTH CHIEF: MR.CHRISTOPHER MANDUT
DEPUTY YOUTH CHIEF: MR.LAWRENCE SIBON
VICE YOUTH CHIEF I: MR.SABION MARALIN
VICE YOUTH CHIEF II. MR.JONID GUNSALAM
SECRETARY: MR.HERMENGILDUS UKUN
ASST.SECRETARY. MR.SHIREWIN PATRICK
TREASURER: MR.MAH THIAM KI
INFORMATION CHIEF: MR.KOSMAN SURO
COMMITTEE MEMBER: MR.WIMIK KANSARON
MR.LOMIR BIRULA
MR.JUSTIN BOMBO
MR.IDANG MASUTI
MR.DEIWIN ALOI
MR.JUMPUT TAKUMEH
MR.MUHAMAD BOLEH
MR.DAVID LINGKID
MR.ELIXAUS DOASAH
JURUAUDIT: MR.MOJUTAN JAGA

Mengapa saya mengambil organisasi PBS sebagai contoh?..budak2 tadika pun boleh jawab kerana PBS adalah parti tunjang yang memerintah kawasan N.5 Tandek.Minta maaf kepada parti komponen BN yang lain terutama UPKO dan UMNO.Saya bukan menidakkan anda tetapi suda terang lagi bersuluh,PBS setelah kembali kepangkuan BN,mereka telah kontrol segala urusan politik di N.5 Tandek.Kalau dulu sebelum PBS masuk BN,kita lihat perkongsian kuasa yang sama rata antara UPKO dan UMNO di N.5 Tandek. Disini kita boleh menilai bagaimana sikap pemimpin2 PBS.

Dari segi pengagihan tugas2 lantikan politik,memang ada juga diberi pada kerabat BN lain,tetapi kita tengok terlalu banyak pilih kasih dan ketidak adilan.Itu tidak boleh dipertikaikan kerana sedia maklum,parti mana yang mewakili DUN dan Parlimen.

Tetapi yang saya mahu ialah..BERSIKAP ADIL LAH KEPADA ORANG2 TANDEK.Apa salahnya jika pusat perkhidmatan ADUN dibuat dalam kawasan Tandek manakala pusat perkhidmatan MP di pekan Kota Marudu.

Beramah mesralah dengan pengundi di kawasan2 terpencil,melawatlah kampung2 kawasan bukit.Kalau tidak dapat membantu pun,dengar sendiri masalah2 mereka.Jangan mengharapkan pemimpin2 bawahan membawa berita kerana saya tengok ada segelintir pemimpin2 bawahan ini hanya berlagak lebih dan KAKI PENGAMPU.Tak kanlah dalam masa 5 tahun tidak dapat melawat seluruh kampung dalam N.5 Tandek.Cuma ada 62 kampung yang berada di Tandek.Kampung area Langkon saya tidak mahu sentuh.Dalam jumlah 62 kampung tersebut,susah sangat kah mahu buat lawatan?atau pemimpin2 tidak punya masa terluang untuk berjumpa dengan rakyat.Ada sebahagian daripada nama2 pemimpin diatas adalah bekas orang kuat dalam era PBS N.5 Tandek zaman kegemilangan.Saya pernah bersama-sama dengan individu ini membuat lawatan dikawasan terpencil bukit,kami jalan kaki kerana waktu itu tidak boleh dilalui dengan kereta.

Mengapa ketika itu mereka sangup berlapar,sangup berjalan kaki.meredah hutan belantara,naik bukit turun bukit,sama2 berenang menyeberang sungai bengkoka.Saya ketika itu masih hingusan dan tidak ada kepentingan dalam PBS pun sanggup mengikuti rombongan pemimpin2 ketika itu apabila mereka ada lawatan sebelah bukit.Kerana saya ingin melihat suasana kehidupan di bukit,saya ingin berkenalan dengan orang2 sebelah sana.Saya sungguh terharu melihat wajah2 riang orang2 sebelah sana apabila melihat kedatangan pemimpin2 PBS.Gara2 kepenatan jalan kaki dan lapar,mereka minta makanan dari kem kayu balak seribu daya.Itu cerita dulu.

Sekarang saya rasa sistem perhubungan lebih cangih dari dulu dan kereta2 pun canggih..sudah tentu lebih memudahkan tugas.Sayangnya pernahkah kita dengar pemimpin2 ini melawat kampung2 disebelah sonsogon?pernah kah mereka sampai di kg.Minsusurud.kg.Garong.Kipopogong?Mana semangat PBS mereka dahulu?

Kalau YB ada tugas di KK samada menghadiri perjumpaan parti,menghadiri undangan2 keramaian,atau menghadiri persidangan DUN,maka tanggungjawab untuk mentadbir kawasan adalah ditangan PKR (Pemimpin Kemajuan Rakyat) bukan Anwar punya parti..

PKR N.5 dulu memang kerja keras,selalu masuk kampung dan selalu bertemu dengan rakyat.Kalau saya bohong,tanya saja pada Naib Pengerusi 1 PBS N.5 Tandek.Tanya lah pada dia apa pengalaman dia dapat ketika era kegemilangan PBS?saya pasti dan yakin dia tidak akan lupa segala keperitan yang beliau lalui ketika membuat lawatan untuk menemui rakyat.Kalau beliau lupa,kita boleh tanya kepada Naib Pengerusi 2 PBS N.5 Tandek...saya rasa beliau tidak akan lupa.Boleh dikatakan saya sering bersama-sama dengan beliau kalau ada lawatan.

Saya berharap pemimpin sedikit membuka mata,belajar dari pengalaman2 yang lalu.Kepada pemimpin bawahan,setakat menjadi ahli dalam bahagian tidak membawa apa2 erti jika anda semua tidak memainkan peranan sebagai pemimpin.Anda tidak akan dihormati jika tidak bertanggungjawab.

Jadi kepada pemimpin2..saya nasihatkan supaya anda sendiri yang turun padang bertemu rakyat.Jangan mengharapkan berita2 yang disampaikan oleh pemimpin2 bawahan kerana ada segelintir daripada mereka adalah pencaci dan pengampu nombor 1 yang punya cita2 tersembunyi iaitu mahukan nama,pujian dan $$$$$$$$$.Orang seperti inilah yang akan menjatuhkan anda.

Ada masa lagi bagi anda untuk mengubah keadaan..kerana keadaan sekarang tidaklah teruk sangat

8 comments:

ILLIE said...

ison..mokimaap..nodelete ku it komen nu.nocopy ku i boh:


ison said...
June 5, 2009 9:45 AM

Semoga para pemimpin kita mengambil ikhtibar daripada perkongsian ini...

SAYA said...

Illie,
Secara peribadi saya sangat bersyukur bila mana banyak orang kita dalam barisan kepimpinan P.168KM juga dalam ADUN N.5 Tandek tapi apa yang mengesalkan hati ialah muka2 inilah juga sebenarnya yang lebih banyak menidakkan HAK kita sebagai masyarakat peribumi Kota Marudu sama ada mereka sedar atau tidak.

Keahlian saya adalah UMNO kerana apa? Kerana walaupun UMNO bukan parti asal Sabah, tetapi ternyata pendirian UMNO lebih telus berbanding dengan PBS.Yakni orang2 PBS dari dulu sampai sekarang langsung tidak memberikan peluang kepada generasi baru untuk menjadi sebahagian daripada pentadbir KM. Mereka2 juga yang kontrol semua pangkat dan kedudukan. Sebagai contoh yang paling jelas ialah En.Jamadil Edaron.Dari zaman PBS pembangkang sehinggalah PBS masuk balik dalam BN, muka dia tetap ada saja. Adakah dia seorang yang SETIA? Kalau mau momook projek, dialah yang paling setia. Dia suka jual nama Datuk cakap itu ini.Bagus kalau betul2 Datuk ada cakap dan orang macam Jamadil inilah antara orang yang telah menyebabkan kejatuhan Mendiang Datuk Saibul dulu.Menikam kawan dari belakang. Subai ko yino no mising kakaya tapi hakikatnya menindas hak dan perasaan masyarakat. Kalau tidak percaya,kamu masuk kampung dan buat kajian sejauh mana masyarakat menyenangi sikap dia.

Selain itu Pn.Julitah Dalinsi. sebelum itu,saya mau tanya adakah dia dibayar gaji oleh kerajaan negeri dengan kerja dia di bahagian parlimen? Kalau dia dibayar gaji, kenapa lesen kontraktor dia tidak dibekukan? sedangkan dalam undang2 seseorang yang bekerja dengan kerajaan adalah DILARANG memiliki lesen kontraktor? Saya ni mungkin hanya tau bercakap saja sedangkan hakikatnya saya ini orang yang tiada2.Si Julitah inilah yang suka menuduh orang itu pembangkang sampai lesen itu orang kena balck list!
Dan sebenarnnya, tidak juga semua mereka ini teruk tetapi bila sudah ada kedudukan di mata masyarakat, mulalah tinggi diri.terus terang saya cakap ah..kalau orang2 PBS terus bersikap begini..pilihanraya akan datang, BN akan tumbang di kawasan ini melainkan ada calon baru orang sini yang diletakkan.

UNTUK PERHATIAN DATUK..
jangan terlalu meletakkan kepercayaan kepada semua orang2 Datuk ini.Kalau Datuk mau tahu, mereka ini hanya akan buat kerja bila Datuk ada di KM ini. Kalau Datuk tiada, TAHILAH kalau dorang ni mau buat kerja.
Selain itu, pasal projek2 di kawasan P.168 KM ini, jangan orang2 Datuk ini saja yang MAKAN PROJEK. Bukan dorang saja yang mengundi Datuk masa PRU baru2 ni. Apa salahnya jika JKKK setiap kampung diberi projek? sekurang2nya ada duit masuk tabung. Ini tidak. Saya cakap ah..orang2 Datuk ini 1 orang boleh dapat sampai 3 projek serentak sebab dorang pinjam lesen orang lain yang bukan orang KM lagi. TERUK NAK MAMPUS!!!..

ILLIE said...

wahh..baru ko muncul ah sdr.SAYA..sibuk kah boss?..bah palan2 bah.

sia juga amat setuju dengan komen yang sdr.SAYA paparkan.Tidak perlu dipertikaikan lagi kerna semua suda sedia maklum dengan perangai2 mereka.

Sebenarnya kita ingin bersuara,tetapi pemimpin atasan menidakkan malah tidak mendengar cakap orang seperti kita.Oleh kerana tidak ada pilihan,hanya melalui blog kita meluahkan perasaan dengan harapan mereka membacanya.

Teguran2 pedas dalam blog ini bukanlah bertujuan menjatuhkan maruah pemimpin..tetapi kita ingin melihat mereka akan sedar suatu hari nanti.

Terima kasih atas komen yang sangat berguna ini.

Mr. Aki Abad 21 said...

ini ulasan mr. aki pasal JAMADIL BIN EDARON... muka inda malu, panjual urang kampung, panjual nama datuk .. macam2 dia jual....tapi urang kampung diammmm saja ngam d kasi jual..ini urang buta, ini urang indada utak , ini urang kakun om bolou dia buli jualllll..... mr. aki minta maapppppp jamadil tatap lawan mr. aki...jamadil ini urang pintar d tandik...kakayaan dia pun d sababpan main culassss. mr. aki tau siapa dia , cat ruma dia pun mr. aki tau bah, muka bini dia pun mr. aki kanal.....mantua dia yg idup2 pun d jualllll pasal miagung ...

Doc ACS said...

Adess ba ka, parakanon no tongo sup ki illie. Gumuli oku moninggurup kembagu. Opodos i mari sabat ot tompipiris moningot ki. hehe...

ILLIE said...

gumolok nogi telo doc..mingarau siti ong olungku no babanar..alanut poh sabat ilo..

Little Mike (LM) said...

sangat bagus entry ini. Bagi saya ia satu sajian baru bacaan yg belum pernah saya baca sebelum ini di mana2. Sayup hiba hati saya mengenang sejarah lampau peristiwa tragik tersebut.

kepada para pemimpin kita sekarang supaya kawal-kawal la nafsu politik mereka

SANGURU said...

artikel dan komen2 yang menarik. SAYA BACA & BELAJAR...