Monday, June 22, 2009
SENYUMAN MANIS DARI SEORANG YB
Ketibaan YB Puan Anita Baranting wakil rakyat kawasan N.5 Tandek di kg.Tingkalanon pada petang hari ahad sempena sambutan perayaan pesta kaamatan amat mengembirakan penduduk2 kampung dan juga para tetamu.Gaya penampilan yang sederhana dan begitu kelihatan mesra.Difahamkan beliau sentiasa memberi senyuman setiap kali bersalaman dengan para penduduk kampung.Inilah yang kita mahu dari seorang YB,tidak perlu rasa takut bila berhadapan dengan para pengundi2.Inilah yang kita mahu dari seorang YB,sentiasa senyum dan mesra dengan rakyat.
Apabila rakyat melihat keceriaan YB,sudah tentu ,mereka sentiasa memberi hormat yang tinggi.Bila rakyat melihat YB sentiasa mesra,sudah pasti mereka tetap akan mengundi YB apabila tiba pilihanraya nanti.
Saya bagi pihak penduduk2 kampung Tingkalanon sangat2 gembira dan berterima kasih kepada YB Anita kerana kesudian merasmikan pesta kaamatan peringkat kampung.Sudah tentu para penduduk sangat2 gembira dengan kehadiran YB.Sekiranya ada apa2 kekurangan sepanjang pesta kaamatan ini dijalankan,kami penduduk kg.Tingkalanon memohon ribuan kemaafan.
Saya berharap,YB Anita sentiasa menunjukkan sikap mesra dan mudah memberi senyuman kepada seluruh rakyat N.5.Saya memberi jaminan,sekiranya sikap ini dikekalkan..tidak ada sebap mengapa rakyat N.5 Tandek menolak kepimpinan YB Anita.
Berkhidmat lah dengan ikhlas kepada rakyat N.5 Tandek.Ada masa lagi untuk memperbaiki kesilapan2 yang lalu.Rakyat N.5 Tandek sentiasa berdiri teguh dan menyokong penuh kepimpinan YB Anita selagi YB mahu berkhidmat kepada rakyat N.5.
GAMBAR2 DIATAS DI AMBIL DARI BLOG SAM & MR.AKI (terima kasih)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SETELAH SEKIAN LAMA KG KITA TIADA SAMBUTAN PESTA KA'AMATAN, 2 ORANG UTAMA TELAH MENGERAKKANNYA PADA TAHUN 1997/8. SUKAR UNTUK CARI PERASMI KETIKA ITU KERANA "PIHAK A" MAU SI "S" , PIHAK "B" MAU SI "M". Last2...2 orang ni guna pendekatan jalan tengah - KK PAWAI EN JADI PERASMI. JADI JUGA BAHKAN MENCIPTA SEJARAH BILAMANA BUAT PERTAMA KALINYA DIWUJUDKAN ANUGERAH-ANUGERAH UNTUK KAUM KIMARAGANG MISALNYA:
1. Anugerah Tokoh Akademik Kimaragang: Allhyrham Makibin Bodok,
2. Anugerah Ibu Mithali Kimaragang: Allahyarhamah Ondiun Unggut
3. Anugerah Tokoh Budaya Kimaragang: En. Saidin Masabun
4. Anugerah Tokoh Peladang Contoh: En. Maikol Tumarik
syukur kerana selepas itu Pesta Ka'amatan telah dijadikan acara tahunan tidak putus-putus sudah. Cuma penganugerahan itu tidak lagi berjalan...
Satu entri yang adil dan positif.
Ada urang, bila tangan manaip sahaja, mesti kumpilin. Buka mata sahaja, komplen. Kalau buka mulut, lagi la..konpom kumpilin.
Jarang urang yang akan menulis entri sebegini yang pada saya memberi kredit yang baik kepada YB kita. Kumpilin ni memang nda salah, jika urang yang di kumpilin tu memandang segala kumpilin dari sudut positif dan dengan penggunaan ayat yang baik/tidak keterlaluan.
Semuga entri ini akan dapat membuat YB kita terus tersenyum seperti dalam gambar attachment. Dan juga semuga YB kita sadar bahawa segala kumpilin dan luahan ketidakpuasan hati kita selama ini bukan lah bermaksud kita tidak suka dengannya ataupun langsung tidak menghargai segala usaha YB untuk Kota Marudu dan N5 Tandek khususnya. Arap2 YB kita melihatnya sebagai tanda sayang dan sokongan supaya terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan lebih peka terhadap masalah semasa dalam tempoh masa yang diberikan oleh rakyat.
Satu entri yang baik untuk YB...namun perlu dihayati sebaik mungkin...dimanfaat sebaik mungkin.
Peace to all bloggers...Salam Ceria.
Post a Comment