Followers

Tuesday, June 2, 2009

TOMPIPIRIS AKAN MENYENGAT

Suda lama tompipiris inda menyengat,bukan inda suka bah tapi rasa kasian sama urang yang disengat itu masi ada..tapi apabila kana kacau juga..terpaksa lah mau kasi tunjuk sikit tu sengat..biarpun sengatan tompipiris inda lah sepedas makan lada kokou .

Sia selama ini kalu bulih bersikap berkecuali daripada menimbulkan isu2 mengenai keadaan politik di Tandek,namun kesabaran sia sampai ke label nya.Selama ini juga sia sering mendengar suara2 ketidak puashati terhadap gaya pentadbiran YB N.5 Tandek .Tapi saya cuma mengikuti perkembangan melalui komen2 pada blog kawan2.Kalu bulih sia inda mau ungkit soal politik dalam blog sia ini.Apabila sampai kemuncaknya,sia juga rasa tersinggung mengapa YB harus memerlakukan urang2 Tandek seperti ini?apa dosa2 urang Tandek?..kalu YB mengatakan urang Tandek tidak suka sama YB..suda tentu YB tidak akan berada ditempat sekarang..suda tentu urang2 Tandek tidak akan memilih dan mengangkat seorang wanita yang bernama ANITA BARANTING untuk menjadi YB N.5 Tandek.

Sebelum pilihanraya ke-12 pun banyak kita dangar berita,khabar2 angin yang mengatakan calon BN/PBS akan kalah kerana meletakkan seorang wanita sebagai wakil mereka di N.5..namun setelah keputusan diumumkan calon ini masi menang dan menjadi YB.Ertinya rakyat kawasan Tandek masi menyokong calon BN walau siapa saja yang bertanding.

Kita tengok sejarah keputusan pilihanraya kawasan N.5 Tandek sejak persempadan semula dilakukan dengan mengabungkan N.5 Tandek dan N.6 Langkon bermula pada pilihanraya pada tahun 1999:

JOE SANTI BERSEKUTU 463 DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI - PBS
SAIBUL BIN SUPU BN 4,412
DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI PBS 5,671

(Incumbent: Saibul Supu - BN) Maj. 673

Ketika ini calon BN mendiang Datuk Saibul Supu telah tewas kepada Dr.Max kerana pada taun tersebut terlalu tebal sentimen2 yang dimainkan oleh PBS dan secara kebetulan rakyat dikawasan Tandek masi lagi fanatik pada PBS.Sentimen kebencian kepada BN masi tebal kerana telah merampas hak PBS dalam pemerintahan negeri Sabah.

Keputusan pilihanraya tahun 2004

N. 05 TANDEK (14,517)
M: 15% C: 4.8% I: 0.4%
B/Sab: 79.1% B/Swk: 0.4% L: 0.3%

1. Datuk Dr. Maximus Ongkili (BN) 5,069
2. Abd. Kahar Abd. Rahman (Keadilan) 592
3. Datuk George Sangking (Bebas) 2,356
4. Ungas Bodok (Bebas) 685
5. Anthony Mandiau (Bebas) 692

Majoriti: 2,713
Undi rosak: 446 Peratus undian: 67.78
Penyandang: Datuk Dr. Maximus Ongkili (PBS)
Majoriti: 1,259 undi
(PBS menyertai BN pada 2000)

Pilihanraya kali ini menyaksikan PBS bertanding atas tiket BN dan Dr.Max masi berjaya mengekalkan kemenangan walaupun mendapat tentangan sengit malah majoriti semakin bertambah berbanding dengan pilihanraya sebelumnya.Ini membuktikan rakyat kawasan Tandek sentiasa peka kepada perkembangan semasa.Rakyat Tandek masih percaya kepada PBS untuk menjadi wakil mereka walaupun seketika PBS sangat benci kepada BN.Penyokong2 fanatik PBS masih sanggup menjilat ludah yang mereka sendiri.Inilah istimewanya PBS.

Dengan harapan agar kawasan Tandek terus menjadi perhatian kerajaan negeri,orang2 Tandek terus memberi sokongan kepada BN/PBS.Kerana dahagakan pembangunan orang2 Tandek memastikan kawasan N.5 terus diperintah dan diwakili oleh BN.

Sejurus pembubaran DUN & Parlimen pada tahun 2008,kawasan Tandek sekali lagi menjadi tumpuan kerana talampau banyak suara2 sumbang dikalangan pembangkang yang kononnya mahu menawan Tandek.Kemahuan Tandek yang mahu diwakili oleh bangsa Kimaragang yang secara kebetulan sebagai bangsa majoriti Tandek tidak di dengar oleh pemimpin atasan PBS dan akhirnya Dr.Max memilih orang kanan beliau iaitu puan Anita Baranting.Dipihak pembangkang pula telah meletakkan calon anak watan tempatan berbangsa kimaragang tetapi silapnya..orang yang dipilih belum mengenali dunia politik dan belum mengetahui selok belok kawasan Tandek.Sia inda payah mengulas pasal calon bebas.Oleh kerana calon pembangkang ini tidak menepati citarasa pengundi2 N.5 maka akhirnya mereka TERPAKSA memberi undi kepada calon BN.

Keputusan pilihanraya tahun 2008

N5 TANDEK
Jumlah Pengundi: 16,538
Peratusan Kaum: B/I: 36.37% B/B/I: 59.06% C: 4.32% L: 0.25%
1. Lasiah Baranting@Anita (BN) (5,598)
2. Andy Villison (Bebas) (1,678)
3. Isang Rawai (Bebas) (112)
4. Masingkan@Shingkan Masampun (Bersekutu) (202)
5. Jurin K K Gunsalam @ Saidina Ali (PKR) (3,361)
Majoriti: 2,237
Jumlah undi: 11,315
Peratus mengundi: 68.42%
Undi rosak: 364
Penyandang: Datuk Dr. Maximus Ongkili (BN)
(Majoriti: 2,713 undi)

Keputusan di atas jelas menunjukan rakyat Tandek memberi sokongan penuh kepada BN dan tidak perlu dipertikaikan lagi kesetiaan kepada parti pemerintah.Rakyat Tandek menyimpan harapan baru kepada YB baru agar memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Tandek..mengharapkan agar YB akan membawa suara2 rakyat Tandek ke persidangan DUN.

Hari ini harapan kita melihat sendiri harapan rakyat Tandek hanya tinggal harapan..YB N.5 seolah olah telah melupakan orang2 Tandek.Jauh sekali mendengar rintihan2 rakyat Tandek.Apabila ada suara protes maka dengan secepat kilat YB akan melebelkan orang itu sebagai penyokong pembangkang.Tidak apa,mungkin YB masih percaya pada pilihanraya akan datang kalu beliau masih dicalonkan masih meraih majoriti 2,713.

Wahai YB N.5 Tandek..sukacita saya memaklumkan..rakyat Tandek sekarang tidak sebodoh seperti yang disangkakan.Kita kana sama2 tunggu dan lihat pilihanraya akan datang..meskipun kami sangup korbankan cinta pada BN tetapi rakyat Tandek terpaksa melakukannya daripada bertuankan seorang YB yang TUNGGUL KAYU!!..biar pihak BN buka mata sedikit..4 tahun di luar BN,rakyat Tandek tidak akan mati kelaparan kerana sebelum ini pun tidak ada bezanya berada dalam BN atau luar BN..semuanya sama.

YB masih ada 3 tahun lagi untuk melanyak rakyat Tandek,sudah tentu dalam masa 3 tahun juga YB masih ada peluang untuk mengaut untung besar..berpuas hati lah ko YB..ko injak2 lah kapala rakyat Tandek..ko kasi budu2 lah rakyat Tandek..kami tidak akan meminta apa2 simpati lagi..kami tidak akan meminta apa2 projek pembangunan..kerana suda jelas kelihatan,ada projek pun YB tidak ikhlas dan akhirnya telah terbukti dengan robohnya projek mega pembinaan bangunan astaka pekan Tandek yang fungsinya tidak diketahui.Untuk apa membina bangunan astaka sedangkan dewan serbaguna Tandek pun tidak ada fungsi..pekan Tandek seperti dilanggar garuda.Teruskan..kamu pajaklah projek2 kerajaan negeri..kamu boleh buat sesuka hati.Apabila tiba masanya..jangan menangis depan rakyat Tandek untuk meminta simpati sokongan dan undi..dan jangan khabarkan kepada pemimpin2 tinggi BN yang rakyat Tandek telah menolak BN..semua yang berlaku ini bukan salah rakyat Tandek..tetapi salah YB sendiri!!!

2 comments:

Umar Safri said...

tahniah illie...

1 maklumat politik KM yg amat penting utk renungan para penggerak bangsa dan tanah air. teruskan..

BUNG ADI said...

semoga ada perubahan pada masa akan datang. Samma2 kita berdoa.