Dijangka pada hari ini juga beliau akan menyampaikan ucapannya mengenai pengalaman beliau sebagai PM dalam tempoh 100 hari dan juga akan mengumumkan beberapa perkara yang saya fikir akan menambahkan lagi kegembiraan kita sebagai rakyat Malaysia.
Dalam tempoh 100 hari perkhidmatan beliau sebagai PM,kita telahpun melihat sedikit perubahan2 yang telah berlaku dalam negara ini walaupun masih ada lagi antara kita yang agak samar2 dengan keupayaan beliau menunaikan tanggungjawap sebagai PM.Ada yang memandang sinis terutama kepada kawan2 di sebelah "sana"..
Dua orang mantan perdana menteri membuat ulasan yang berbeza mengenai 100 hari perkhidmatan.Tun Dr.Mahathir ketika diminta mengulas mengatakan... "lebih banyak yang negatif daripada yang positif". sementara Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melahirkan rasa kesyukuran kerana kepimpinan Najib semakin diterima oleh rakyat...hehehe kita sama2 fikirlah ulasan berbeza 2 tokoh negara ini.
Dibawah ini ada beberapa perkara yang telah dilakukan oleh DS Najib dalam tempoh 100 hari sebagai PM:
PEMBAHARUAN DAN PENCAPAIAN
1) Kesejahteraan Rakyat
i. Memperkenalkan Konsep 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
ii. Melakukan tinjauan mesra (walk about) untuk mengetahui denyut nadi rakyat.
- Kawasan-kawasan yang telah dilawati ialah, Vista Angkasa, Kg. Kerinchi, Jalan Petaling, Puduraya, Brickfields, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Pasar Kraf Kota Kinabalu, Pasar Besar Kota Kinabalu, Kg. Bintawa, Kuching, Pasar Malam Sibu dan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
iii. Mengarahkan satu kajian menyeluruh dilakukan untuk menangani isu kenaikan tol yang membebankan rakyat.
iv. Mengumumkan kerajaan akan mengambil alih Sabah Medical Centre dengan harga RM280 juta untuk menampung keperluan rakyat Sabah yang meningkat di hospital-hospital kerajaan.
v. Mengarahkan langkah-langkah segera diambil untuk mengatasi kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur.
vi. Mengarahkan supaya pembinaan kawasan letak kereta yang baru dibina di Jalan Tunku Abdul Rahman.
vii. Mengarahkan projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu disiapkan segera.
viii. Meminta agensi kerajaan yang terlibat memperbaiki kemudahan di Puduraya demi keselesaan penumpang.
ix. Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum.
2) Hak Asasi dan Kebebasan Media
i. Membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri.
ii. Menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan.
iii. Mengumumkan akan mengkaji ISA.
iv. Membebaskan 13 lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk para pemimpin Hindraf.
v. Media diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab.
3) Ekonomi dan Kewangan.
i. Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.
ii. Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan.
iii. Mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM60 bilion.
iv. Melancarkan laman web pakej rangsangan ekonomi untuk membolehkan rakyat memantau pelaksanaan projek.
v. Mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memudahkan pengeluaran lesen kepada para peniaga kecil dan penjaja.
vi. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negara yang akan mencari jalan untuk membentuk modal ekonomi baru yang berteraskan inovasi dan nilai tinggi.
vii. Meminta bank terus mengeluarkan pinjaman kepada peniaga agar perniagaan mereka tidak terjejas pada masa sekarang.
viii. Menubuhkan Danajamin yang akan menyokong kerjasama dalam pasaran modal.
ix. Melaksanakan deregulation ke atas garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC).
x. Menubuhkan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dengan modal awal RM500 juta sebagai institusi pelaburan baru dalam negara.
xi. Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa.
4) Pemodenan Dan Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Awam.
i. Memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan.
ii. Modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLC.
iii. Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan perlu diringkaskan, tidak meleret-leret dan tidak terlalu memakan masa yang panjang.
iv. Menjadikan Bidang Keputusan Utama Nasional (KRA) sebagai kaedah baru dalam pentadbiran kerajaan untuk memacu negara ke tahap lebih berjaya. Ia akan digabungkan dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
v. Mengumumkan KPI dan KRA akan dijadikan asas untuk melonjakkan kecekapan perkhidmatan awam.
vi. Memperkenalkan sambutan Hari Inovasi menggantikan Hari Q (Kualiti) yang telah diperkenalkan sejak tahun 1987.
vii. Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang)
viii. Menggubal 2 skim baru dan naik taraf 8 skim perkhidmatan (20,637) bermula 1 Julai 2009.
5) Politik
i. Mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan UMNO dan sistem pemilihan parti supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat membendung gejala politik wang.
6) Sosial
i. Menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara.
ii. Mengumumkan peningkatan peruntukan pembiayaan perumahan bagi generasi kedua Felda.
iii. Mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan.
iv. Mencadangkan penubuhan Baitumal Kebangsaan dan memperkasakan Baitulmal negeri.
v. Skop dan peranan PEMUDAH diperluaskan termasuk melibatkan hal perumahan, jenayah dan pengangkutan.
7) Pembangunan Baru
i. Mencadangkan agar kajian dilakukan terhadap pembangunan tenaga nuklear dan sumber tenaga baru di negara ini berasaskan teknologi hijau.
ii. Meminta kajian dilakukan terhadap cadangan pembinaan jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bertujuan melonjakkan pembangunan di timur Johor khasnya dan Wilayah Pantai Timur amnya.
8) Dasar Luar
i. Melakukan lawatan rasmi ke China.
ii. Melakukan kunjungan hormat ke atas pemimpin negara-negara jiran terdekat selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia iaitu Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Saya berharap selepas ini banyak lagi perubahan2 dan kemajuan yang akan dilakukan oleh DS Najib untuk rakyat khasnya di Kota Marudu..sesuai dengan konsep 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment