Semasa bercuti dikampung dulu..saya ada kesempatan untuk melihat keadaan di pekan Tandek dan macam biasa juga bah..tidak ada yang perlu saya gembirakan kerana keadaan yang saya lihat tidak berubah dari tahun2 sebelumnya..pendek kata keadaannya cukup daif dan amat menyedihkan.
Apa yang mengembirakan saya ialah keadaan jalanraya yang cukup baik,lurus walaupun masih ada sebahagian yang bengkok tapi apa boleh buat,kalau sudah bengkok maka bengkok lah jadinya.Berbalik kepada cerita jalanraya ini,suatu pagi ketika saya dalam perjalanan pulang..saya melalui jalan lurus Tandek (menghala ke kg.Tondig,Tingkalanon etc) dalam perjalanan saya nampak ramai pelajar SMK Tandek yang melalui jalan raya tersebut..ada yang jalan kaki dan ada yang naik basikal.Dalam hati saya berkata,betapa untungnya pelajar2 zaman sekarang,jalan kaki pun kasut tidak kana lumpur atau tidak sedut habuk kerana jalan raya sudah kena tar.
Cuma saya terkejut dengan gelagat seorang pelajar yang naik basikal,bukan sahaja dia mengayuh dengan laju..ditambah lagi dengan skill gaya stunt..pelajar ini lepas tangan ( mungkin ada yang tau istilah lepas tangan semasa naik basikal )..paling mengejutkan saya ialah..pelajar yang lepas tangan naik basikal sambil makan roti..nasip baik waktu itu masih awal pagi..kereta pun tidak ada..tapi kalau tidak diberi perhatian,saya takut sesuatu yang buruk akan menimpa.Saya sempat menegur pelajar tadi yang perbuatan itu adalah merbahaya..tetapi dia hanya senyum sahaja...
5 comments:
acampin yalo no dilo...baru makan kui bah....
tahi-tahi sapi masih lagi ada oooo
wai na.. dangir pulak kalau yg ini tuan..
bos... lama butul aku ndak baca tulisan2 ko masa di jipun tu. bila mau tulis lagi. inspirational betul bah. ermmm... gud luck.
roxy...sabar ko..ada cerita juga ni nanti..
Post a Comment