Friday, January 1, 2010
KENANGAN 2009 & WELCOME 2010...
SELAMAT TAHUN BARU 2010 untuk semua pengunjung blog TOMPIPIRIS.Sudah tentu setiap daripada kita mempunyai azam baru masing2.Bagi saya..azam itu memang ada dan sentiasa berniat setiap kali pertukaran tahun baru namun demikian bukan semua niat yang diazamkan dapat tertunai.Tahun ini saya tidak menyimpan sebarang niat cuma berazam untuk memperbaiki segala kelemahan yang berlaku pada tahun sebelumnya.Saya juga berharap agar tahun baru ini akan memberi banyak kegembiraan dan lebih bermakna kepada hidup saya.
Saya juga mengharapkan agar anda semua sentiasa sukses dalam apa juga bidang yang diceburi dan sudah tentunya mengharapkan agar anda juga akan memperolehi kegembiraan dan berjaya mendapatkan apa yang anda idam2kan selama ini.
Ingin saya mengajak kembali semua pengunjung blog TOMPIPIRIS mengimbau kembali segala kenangan tahun 2009 yang baru saja kita tingalkan beberapa jam lalu.Terlalu banyak kenangan ditahun 2009 yang pastinya akan menjadi kenangan abadi dalam hidup saya.
Kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah pengelibatan saya dalam dunia blogger.Sebelum saya mewujudkan blog TOMPIPIRIS..saya banyak melawat blog2 orang tidak kira blog di Malaysia ataupun luar negara...dari sana timbul rasa minat untuk mewujudkan blog sendiri.Maka saya mencipta blog kepunyaan sendiri dengan tujuan sebagai ruang perkongsian cerita dialam maya dan sudah tentunya ingin menambah rakan dan kenalan.Saya namakan blog ini sebagai TOMPIPIRIS (nama sejenis penyengat dalam bahasa dusun KIMARAGANG) yang melekat di pokok2 yang rendah.
Memang benarlah kata orang..dengan adanya blog sendiri akan memberi banyak kelebihan pada empunya blog.Saya juga bersetuju dengan pendapat ini.Sejak kewujudan blog TOMPIPIRIS..banyak perkara baru yang saya pelajari dan dapat kongsi dengan rakan2 dialam maya.Disamping itu,saya mengenali ramai rakan2 dan yang paling istimewa dapat menemui semula kawan yang sekian lama terpisah.Begitu juga melalui blog ini juga,saya mengetahui berita rakan2 lama yang tidak tahu dimana mereka berada.
Perkara yang paling istimewa dalam hidup saya pada tahun 2009 dan pastinya tidak akan saya lupakan sepanjang hayat ialah bilamana seorang rakan alam maya yang bernama rumputt yang juga pemilik radio online utaraFM telah menjemput saya sebagai DJ dalam radio online beliau.Dari sini saya mendapat kepuasan yang tidak terhingga.
Tahun 2009 juga merupakan tahun yang bermakna bagi anak2 Kota Marudu kerana berjaya menubuhkan sebuah blog gabungan iaitu SUARA ANAK MARUDU (SAM).Terima kasih kepada rakan2 SAM kerana kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada warga blog ini.Biarpun penubuhan blog SAM baru setahun jagung tetapi telah menampakkan impak yang ketara bila mana banyak pihak yang memberi pengiktirafan kepada blog ini.Tidak kurang juga ada segilintir pihak yang memandang sinis dengan penubuhan blog SAM.Kepulangan saya di Kota Marudu pada bulan oktober 2009 telah mengamit kenangan manis bila buat julung kalinya saya bertemu dengan rakan2 SAM dan juga DJ2 radio online UtaraFM.Acara makan malam bersama YB N.5 Tandek Puan Anita Baranting di Marudu Inn begitu seronok dan pastinya tidak dapat dilupakan.Selain itu,acara bersantai sambil memanggang (membakar) seafood,ayam di dataran Bengkoka bersama rakan2 UtaraFM terlalu sukar untuk dilupakan.Terima kasih kepada rakan2 semua.
Penghujung tahun 2009 tidak kurang hebatnya,saya secara langsung terlibat dengan 1 aktiviti dalam alam maya iaitu NUFFNANG..pada mulanya saya tidak berapa ambil serius dengan semua ini,tetapi seorang rakan saya yang selalu menyuruh agar saya klik iklan dalam blog beliau.Apabila selalu membuat kilikan,maka timbul pula rasa berminat untuk mencuba dalam blog sendiri...dan maka benarlah kata mereka,memang ada keseronokan apabila berada dalam dunia nuffnang.Selain daripada mendapat "imbuhan" dengan setiap kilikan,saya juga dapat membaca blog rakan2 nuffnang.Caranya begitu mudah..perlu rajin melawat blog yang ada nuffnang,klik,tinggalkan link dan pandai2 lah orang itu membalas kilikan.Ini bukanlah paksaan tetapi mengikut kelapangan masa dan yang penting ialah IKHLAS.TERIMA KASIH kepada rakan2 nuffnang.
Kepada pengunjung blog TOMPIPIRIS,teruskan melawat blog ini kerana anda pastnya akan disajikan dengan cerita2 menarik sepanjang tahun 2010.Sekali lagi blog TOMPIPIRIS mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua rakan2 blog serta pengunjung dengan harapan agar tahun 2010 ini akan melengkapkan segala kekurangan dan juga semoga rezeki anda semua akan berlipat ganda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hi illie...
selamat tahun baru 2010.
semoga bertambah sukses dlm kerjaya.
Post a Comment