Pada pendapat saya, pemerintahan dan senario politik di Sabah ini begitu rumit, dan unik.Malah dikatakan Sabah dan Kelantan adalah merupakan 2 buah negeri yang dianggap`panas` oleh pemerhati politik di negara ini. Jikalau di Kelantan, sentimen agama dan undang-undang hudud dijadikan intipati perjuangan dan objektif parti pemerintah mereka ( walaupun secara realitinya perjuangan mereka tidak sampai ke peringkat akar umbi;saya pernah ke Kelantan), namun di Sabah, hak bumiputra dan sosio-ekonominya menjadi pertaruhan.Tidak ada negeri lain yang berani menyuarakan masalah tersebut secara terbuka kepada pemimpin atasan.
Peristiwa Yong Teck Lee mengisytiharkan undi tidak percaya kepada pemimpin parti, iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya telah menunjukkkan dengan jelas bahawa parti itu sudah memulakan langkah untuk keluar daripada BN.Harus diingat bahawa walaupun undi itu ditujukan kepada Perdana Menteri, namun beliau tidak bekerja keseorangan.Jika `leadership` beliau dipertikaikan,secara tidak langsung para jemaah menteri yang bekerja di bawah beliau turut terancam dan bakal disingkirkan JIKA beliau mengundur diri.Namun `no-confidence vote` sesuatu yang sukar diusulkan akibat `UMNO networking` yang kuat di dewan parlimen.Namun sudah jelas isyarat yang cuba disampaikan oleh Yong: Sabah ingin autonomi politik!
Perkara ini bukanlah baru, namun sudah bermula sejak zaman USNO dahulu.Malah ketika itu Sabah sebenarnya berjaya meng-autonomikan diri sebelum Dato Harris( dididik dan disokong oleh UMNO) berjaya menjatuhkan USNO dan seterusnya menjual Labuan.Dikatakan kemenangan Parti Berjaya itulah bermulanya campur tangan `kuasa seberang` untuk menguasai Sabah, dan ini sedikit bertentangan dengan Perkara 20 yang ditandatangani dahulu.Pendek kata.Campurtangan ini bertambah kuat setelah PBS memerintah Sabah(peruntukan negeri tidak disalurkan terus kepada PBS, namun di urus oleh jabatan persekutuan).Ini mengakibatkan seolah-olah PBS gagal memajukan Sabah walau pada hakikatnya,Sabah `dimiskin`kan oleh UMNO dan ketika itu, Anwar menjadi menteri kewangan.Lalu PBS tumbang,katak politik berlaku,ahli parlimen disogok, dan akhirnya,UMNO bertapak di Sabah.Persoalannya,kenapakah UMNO beria-ria ingin bertapak di Sabah?Kenapakah mereka sanggup menggunakan helah dan cara belakang atau kotor untuk bertapak di Sabah?
Sekarang, kemasukan UMNO seperti angin yang berlalu, seperti tiada apa yang berlaku.Malah bangunan UMNO yang tersergam indah di Karamunsing ditambah lagi dengan terpacaknya `fly-over` di hadapan menunjukkan bahawa UMNO yang memajukan Sabah.Jikalau diselak-selak berita dan suratkhabar tempatan,ramai berebut-rebut ingin bertanding untuk merebut jawatan UMNO, samada di peringkat bahagian atau nasional.Dilihat dari 30,000 km dari udara, Sabah, dari sudut politik, sudah menjadi milik SEPENUHNYA Tanah Melayu,walau dahulu merekalah yang merayu-rayu untuk mengajak Sabah memasuki negara baru dan bersumpah untuk megubah nasib negeri ini, walau 50 selepas itu jalan-jalan kampng masih banyak belum terturap,....begitu berbeza sekali dengan semenanjung.
Untuk mentadbir negeri ini begitu rumit.Komposisi etnik amat berlainan.Bangsa bugis di Tawau,Bajau di Semporna dan Kota Belud, dan Kadazan-Dusun di daerah pedalaman dan Penampang.Jadi ia memerlukan kesepakatan dan kerjasama semua etnik, bukan untuk kepentingan etnik atau suku, tetapi untuk kepentingan negeri Sabah khususnya.
Sebetulnya patut ada satu parti politik yang bebas dari sebarang pengaruh semenanjung, melibatkan semua kaum di Sabah diwujudkan.Ia sudahpun wujud!PBS.Namun parti itu ditadbir oleh orang-orang yang kurup dan tidak sistematik networknya, walaupun ramai ahli-ahli tertingginya adalah lepasan luar negara.Patut wujudnya satu parti yang dikuasai oleh golongan muda Sabah,yang lebih bersemangat dan nasionalis,tidak terlalu radikal tetapi kritikal azamnya.Belia-belia di Sabah ramai yang sudah sedar akan karenah politik di Sabah,tetapi mereka lebih suka berdiam diri,bergumbira, dan lebih suka duduk dirumah sambil bermain internet.Saya ke Sembulan baru-baru ini dan terkejut melihat ramai lepasan universiti atau yang setara hanya duduk berlepak dan terikut-ikut gaya lagak `taiko` yang ada unsur-unsur skin+filipino+indonesia..saya syak ini akibat pengaruh dari pendatang filipina dan para sabahat mereka dari bangsa imigiran di Tawau.Mereka tadi adalah bumiputra Sabah,punya I.C...Jadi apa kaitan antara Sembulan dan Politik Sabah?...negeri ini kekurangan belia yang berwawasan dan boleh mengubah nasib negeri ini..
Walau negeri ini amalkan sistem demokrasi, komunisme, monarki, atau sosialis,...semuanya tidak akan mengubah masa depan jika orang-orangnya sendiri, khususnya para belia negeri..tidak mengubah nasib mereka sendiri..Sabah menantikan-nantikan munculnya seorang pemuda,yang berwawasan tinggi,yang cintakan negeri ini,dan yang begitu berpengaruh untuk membuat satu parti baru, dan membebaskan Sabah dari belenggu politik UMNO dan semenanjung..dan mentadbir negeri ini dengan cemerlang....bilakah masa itu akan tiba?
Secara geografinya Sarawak di bawah kita..namun dari sudut politik...huuhh..jauhnya di atas..=)
No comments:
Post a Comment