Followers

Sunday, July 5, 2009

Gila Kerja

Satu ketika dahulu bangsa Eropah menganggap negara-negara mundur sebagai pemalas. Kemudiannya bangsa Amerika melihat Eropah sebagai tempat orang-orang malas, kerana di Amerika mereka bekerja hampir 2 kali ganda lebih lama. Namun kini bangsa Amerika mulai resah melihat bangsa Jepun dan Korea yang betul-betul ‘gila kerja’, sehingga tidak mempunyai banyak masa terluang kecuali weekend. Sekarang mereka pula resah melihat pola kerja bangsa Cina, hingga produk ‘Made in China’ ada di mana-mana.

Kalau saya katakan masyarakat di Malaysia ini gila kerja, pasti ia masih boleh dipertikaikan. Ya, memang ada yang gila kerja. Tapi lebih ramai yang ‘pandai’ curi-curi masa bekerja. Saya tidak pasti kenapa.

Saya cuba membuat perbandingan dengan beberapa negara tempoh masa bekerja mereka. Serta tidak lupa ke’efisyen‘an masa bekerja mereka.

1. Singapura

Mereka biasa bekerja overtime. Jika di masa bekerja mereka cuma sampai pukul 5 petang, seringkali mereka akan balik ke rumah dalam pukul 6 atau 7 malam.

2. Eropah

Mereka amat punctual. Katakan mereka bekerja sehingga pukul 5 petang. Maka mereka akan pulang juga tepat pada pukul 5 petang. Amat jarang mereka buat overtime. Biasanya mereka akan pergi minum atau makan dulu bersama rakan sejawat sebelum balik ke rumah.

3. Jepun

Mereka gila kerja. Sangat! Mereka selalunya akan pulang ke pejabat dalam pukul 10 malam. Memang betul-betul mereka suka bekerja. Mereka sangat tepati masa dan rajin.

4. Malaysia

Oh kalau di sini, habis kerja memang pukul 5 petang. Tapi selalunya sebelum pukul 5 sudah berada atas jalan raya. Lagi advanced, sudah landing atas katil empuk…hehe.

Di Jepun ia adalah suatu yang biasa untuk mereka bekerja kuat. Lelaki yang kuat bekerja menjadi kebanggaan isteri dan seluruh ahli keluarganya. Adalah menjadi suatu kebiasaan bagi orang Jepun bekerja sehingga lewat malam. Suatu perkara yang luar biasa apabila seseorang pulang awal ke rumah. Mereka yang pulang awal selalunya diberikan pelbagai tanggapan yang negatif sama ada dipecat, sakit, malas ataupun ponteng kerja.

Di Malaysia pula, suami yang pulang awal sangat disayangi oleh isteri mereka. Makin bertambah sayang kalau balik awal malam Jumaat….opppsss.

No comments: