Followers

Tuesday, December 8, 2009

BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH

Seperti yang sedia maklum,perjumpaan 1 rumpun keluarga yang besar dari 3 cabang AKI telahpun terlaksana pada hari ahad yang lepas (6.12.2009).Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya melaksanakan program ini buat julung kalinya.Saya sebagai waris dari keturunan salah seorang AKI memang sangat gembira dengan perjumpaan ini walaupun saya tidak dapat menghadirkan diri kerana sedia maklum,saya sudah terpelanting jauh2 dari lingkungan area namun saya dan beberapa lagi ahli keluarga mengikuti perkembangan perjumpaan ini melalui radio online Utara FM.Syabas kepada DJ Batman & DJ Tom yang begitu prihatin dan bertungkus lumus menyiarkan setiap aktiviti yang berlangsung.Jadi kami dapat membayangkan betapa meriahnya perjumpaan tersebut.

Walau bagaimanapun saya agak kecewa bila terbaca komen2 ANON yang tidak puas hati.Saya pasti ada sebapnya mengapa ANON membuat komen tersebut.Tetapi saya mencadangkan supaya buat lah komplen depan2 atau jumpa dengan pihak penganjur atau individu tertentu dan luahkan rasa tidak puas hati anda.Tidak bagus kita gaduh2 dalam ruangan komen kerana blog ini dibaca oleh semua lapisan manusia yang sudah tentunya dapat mencium bau bahwasanya ada kepincangan dalam perjumpaan keluarga 1 Tandek.Akhirnya yang mendapat malu adalah "tokou e'tokou".

Bak kata pepatah Melayu. "bumi yang mana tidak ditimpa hujan"..no body is perfect.
Mungkin ANON fikirkan pihak penganjur telah melakukan kesilapan,namun kesilapan ini masih boleh diperbetulkan lagi kerana ini hanyalah permulaan.Sekurang-kurangnya kita bagi penghormatan kepada semua pihak yang terlibat kerana mereka telah bersusah payah sehingga tercapainya matlamat daripada orang lain yang hanya tahu berkata-kata tapi langsung tidak buat apa-apa.Kepada ajk2 penganjur,saya mengharapkan agar anda semua tidak mengendahkan komen2 yang agak panas ini dan berfikiran positif semestinya ada jalan keluar dalam masalah ini.Kita adalah manusia biasa yang pastinya tidak lari dari melakukan kesilapan dan dari kesilapan ini lah kita akan memperbetulkan serta memperbaiki segala kelemahan yang ada.Mungkin juga ada beberapa faktor yang menyebabkan ANON agak kurang senang atau tidak menyukai cara ajk penganjur berfikir dan bertindak..DAN SAYA AMAT DAN BETUL2 TERKILAN BILA TERBACA KOMEN ANON INI: Anonymous said...

Cantik baju saja tidak memadai...hati mau baik bah...jgn makan kwn apa lagi keluarga....

Kesian oo urang susah payah bah turun naik bukit cari susur galur keluarga tapi langsung tidak dipandang.Paling bikin panas lagi bila urang punya usaha diguna oleh urang lain untuk cari nama.

Lembu punya susu sapi punya nama...apa macam ooo....

Kalau sia,basar kemaluan oo cari nama atas usaha urang lain adedehhh...kalau mau mimpulitik jangan kasi pulitik itu keluarga bah.

December 6, 2009 11:25 PM


Sudahlah..jangan gaduh-gaduh..buang yang keruh ambil yang jernih. baru teguh peribadi (lirik lagu 3 abdul).Kita ini adalah dari rumpun keluarga yang sama,walaupun kita dibezakan dengan PROFESSION tetapi kita mempunyai matlamat yang 1 iaitu melihat perpaduan akan wujud dalam 1 Tandek...jangan lah kita berprasangka diantara satu sama lain disebabkan sedikit perbezaan pendapat atau salah faham.kita harus maklum bahawa kita kini semua berada didalam satu keluarga besar yang kadang2 kita sendiri tidak kenal antara 1 sama lain pendek kata macam ada musibah besar yang melanda pada rumpun keluarga besar ini...seperti juga kita yg mempunyai adik beradik didalam keluarga kita yang sebenar..bukannya semua adik,abang atau kakak kita mempunyai pandangan dan pendapat yang sama dengan kita didalam sesuatu hal..tetapi apabila keluarga kita didatangi masalah kita dapat mengenepikan segala perbezaan pendapat dan salah faham dan kembali bersatu demi kerana keluarga. Itu lah tanda kasih dan sayang kita diantara satu sama lain walaupun masing2 mempunyai perbezaan pendapat tetapi didalam sesuatu situasi kita tetap bersama dan bersatu.
Marilah kita bersama berkasih sayang,buangkan yang keruh ambil yang jernih.
Kita semua bersaudara dan tidak tergamak utk memakan daging saudaranya sendiri.

Akhir sekali..tak salah bemadah, berpantun, bercerita dalam ruangan komen blog ini..
jangan sampai berpantun sendiri, bermadah sendiri di kemudian hari.
Adalah lebih baik semua pembaca blog SAM megemukakan apa2 cadangan yang boleh di difikirkan , idea dan sebagainya...yang boleh dibincangkan dan direlisasikan , AJK 1 Tandek akan menilai pendapat kita dan mungkin boleh diguna pakai untuk tindakan2 selanjutnya. Tidak adil kalau kita serahkan kepada AJK 1 Tandek bulat2 kemasalahan ini dan kita menungu keputusan dari mereka dan apabila gagal kita salahkan mereka pulak..lepas tu kita cop mereka sebagai "kawan makan kawan"/kasi politik keluarga/lembu punya susu sapi punya nama..bla bla bla..itu semua tidak adil bah kan?..cuba fikirkan sebaiknya.KITA PIKIR LA BERSAMA--------------------BIAR JADI "FULUS" JANGAN JADI "MULUS"

SALAM PERPADUAN UNTUK 1 TANDEK..TOKOU E' TOKOU TOBOH...

P/S: sia mau sambung sikit komen si ison.."Lembu sama sapi, dia2 jg baitu. SATU keluarga"..ya betul tu ison..kalu suda masuk dalam sup..tatap ALASU..hahaha ALASU KANGKU SUP SAPI..

Bear in mind that Anonymous 11.25 pm, your comment here too much provocation and some kind of playing sensitive sentiment.

2 comments:

Maya said...

Kopisanangan kumaad tobpinee kikiawi. Adissss...seandainya saya ada bersama pada pertemuan 1 Tandek itu, mungkin saya dapat merasai 'resipi' yang telah diadun sehingga menjadi 'resipi masakan istimewa pertemuan 1 Tandek' yang saya percaya pasti rasanya sangat enak walau pun merupakan 'menu baru', bagaimana pun saya sedikit terkilan meskipun tidak mengetahui apa lagi memahami sesungguhnya apa yang tersurat dan tersirat dalam 'komen ANON' yang saya pasti ada asbab tersendiri terbitnya komen sebegitu.

saya ingin mengatakan bahawa ada pelbagai resipi masakan (Itu baru resipi masakan tau!) yang tidak semua orang menyukai resipi tersebut. Ada orang suka rasa manis, masam2, pedas2, masin2 hatta sangat manis, sangat berlemak, sangat pedas dan macam2 sangat yang lain dan justeru perbezaan keakraban rasa lidah seseorang itu maka perbezaan wujud.

Kalau dilihat di sudut positif, perbezaan perbezaan itu banyak kebaikannya kalau perbezaan itu sememangnya ditunjangi dengan keikhlasan dan disuarakan secara akrab dalam ruangan yang lebih bertatasusila atas nama kekeluargaan. Natijahnya akan menyubur persefahaman yang dalam sehingga 'kenyit mata' pun sekurang-kurang dapat difahami maksudnya.

Seorang manusia kerdil yang sangat mendambakan ketenangan dan keutuhan ikatan silaturrahim tidak mungkin membuat 'jenaka' dikhalayak umum hanya kerana kepincangan kecil yang dengan mudah dapat diperbaiki.
Ketidak sempurnaan wujud kita sebagai manusia adalah asbab kepada semua perkara yang 'kurang' itu berlaku dan semoga ketidak sempurnaan itu jugalah yang menjadi asbak menjadikan kita lebih bai dan lebih baik sehingga ke akhir hayat. Amin

Apa pun yang berlaku di sebalik 'pertemuan 1 Tandek' sekurang-kurangnya, keluarga 1 Tandek yang 'sekian lama berjauhan' dapat dirapatkan. Tidak ada yang lebih penting dari keakraban kekeluargaan.

Sesama kita saling mengingati diri sendiri dan keluarga lain 'Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh','Muafakat membawa berkat'.

ILLIE said...

terima kasih atas komen maya..